CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30850|Reply: 0

[Pulau Pinang] Belanjawan 2025: CAP harap cukai jualan rokok diperkenal semula

[Copy link]
Post time 17-10-2024 06:37 PM | Show all posts |Read mode
Belanjawan 2025: CAP harap cukai jualan rokok diperkenal semula

17 Oktober 2024 05:57pm




CAP harap kerajaan mengembalikan cukai jualan ke atas rokok dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan esok. Foto hiasan




GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berharap kerajaan dapat mengembalikan cukai jualan ke atas rokok dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan esok kerana ia akan menjimatkan wang yang dibelanjakan oleh ribuan keluarga untuk rokok.

Presidennya, Mohideen Abdul Kadeer berkata, kali terakhir cukai jualan dan perkhidmatan dikenakan ke atas produk tembakau ialah pada 2018, justeru pihaknya berharap cukai jualan mandatori dikenakan ke atas rokok bagi mengurangkan jumlah lima juta perokok dalam negara ketika ini.

"Berdasarkan tinjauan CAP, perokok membelanjakan kira-kira RM500 setiap bulan sedangkan makanan yang sihat tidak memerlukan wang sebanyak itu.

"Kenaikan harga rokok melalui cukai lebih tinggi terbukti berkesan dalam mengurangkan bilangan perokok di negara-negara lain tanpa mengira tahap pendapatan, malah ia juga mendorong sesetengah perokok untuk berhenti dan menghalang orang lain daripada mula menghisap rokok," katanya dalam kenyataan hari ini.


Perdana Menteri dijadual akan membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen pada 4 petang esok dan ia merupakan belanjawan ketiga dibentangkan di bawah Kerajaan Madani pimpinan Anwar dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/691579/khas/belanjawan/belanjawan-2025-cap-harap-cukai-jualan-rokok-diperkenal-semula


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.055495 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list