CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 60831|Reply: 0

[Kedah] APM tangkap harimau dahan dalam reban ayam

[Copy link]
Post time 19-10-2024 11:45 AM | Show all posts |Read mode
APM tangkap harimau dahan dalam reban ayam

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




Seekor harimau dahan yang ditemui dalam reban ayam milik penduduk menyebabkan haiwan peliharaan penduduk itu mati sebelum ditangkap APM. FOTO IHSAN Pembaca





Sik: Bunyi bising dalam reban ayam berhampiran rumah seorang penduduk di Kampung Gulau, di sini awal pagi tadi membongkar kehadiran seekor harimau dahan yang dipercayai menyerang ayam peliharaan penduduk berkenaan.

Penduduk terbabit, Hafsah Taih, 54, berkata, kejadian itu disedarinya jam 5.50 pagi tadi selepas terdengar seperti bising ayam peliharaannya di reban yang terletak kira-kira 70 meter dari rumah.

Katanya, dia kemudian mengejutkan suaminya, Yahya Omar, 62, kerana mengesyaki sesuatu mencurigakan kerana menyangka ada ular sawa yang cuba menelan ayam peliharaan mereka itu.

"Saya dan suami pergi melihat kawasan reban itu dan mendengar seperti ada benda mencakar dinding reban ayam itu.

"Suami kemudian menggunakan lampu suluh dan ternampak harimau dahan itu dalam reban ayam berkenaan.

"Saya terus menghubungi talian MERS 999 untuk memaklumkan kejadian itu dan saya dapati, sembilan daripada 15 ekor ayam peliharaan saya itu mati dipercayai diserang harimau dahan itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Hafsah, kejadian kehadiran harimau dahan itu baru pertama kali berlaku di kampungnya menyebabkan mereka risau dengan keselamatan keluarga.

Dia yang juga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Sik berkata, dalam rondaan bersama rakannya di Kampung Perangkap bersebelahan Kampung Gulau sebelum ini, mereka pernah ternampak kaki seperti harimau di tepi sungai berkenaan.

Katanya, namun selepas itu, banyak kejadian yang berlaku seperti ayam dan itik peliharaan penduduk kampung yang mati dan berkemungkinan diserang haiwan berkenaan.

"Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sik datang menangkap harimau dahan berkenaan pagi tadi tapi masih bimbang jika ada lagi harimau yang sama berkeliaran di kawasan ini," katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Daerah Sik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 6.55 pagi.

Difahamkan, harimau dahan itu akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.



Disiarkan pada: Oktober 19, 2024 @ 11:07am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1146044/apm-tangkap-harimau-dahan-dalam-reban-ayam




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48982 Replies : 26
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 4077 Replies : 3
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257005 Replies : 7116
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11042 Replies : 276
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47102 Replies : 21
Tular dakwaan orang ramai barangan sumbangan Khairul Aming telah diasingkan dan mangsa banjir dipercayai hanya menerima sebungkus biskut serta mi segera sahaja.
YgBenarTular dakwaan orang ramai barangan sumba
Views : 4892 Replies : 1
Banjir reda, 8 kematian dicatatkan
maklukpenggodaBanjir reda, 8 kematian dicatatkan
Views : 18896 Replies : 113

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.034546 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list