CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48128|Reply: 0

Arnab cepat cerai susu

[Copy link]
Post time 20-10-2024 07:39 AM | Show all posts |Read mode

ANAK arnab.

Satu fasa tidak kurang penting perlu diketahui pemilik haiwan atau pembiak baka ialah proses cerai susu haiwan berkenaan.

Fasa cerai susu juga dikenali proses anak haiwan diasingkan daripada induk atau ibunya.

Setiap haiwan memiliki usia tertentu apabila melalui proses cerai susu itu dan tidak semuanya sama.

Tempoh haiwan bercerai susu yang berbeza menjadikan tanggungjawab pemilik atau yang membiak baka memahami fakta itu.

Fakta lain mengenai arnab antara haiwan memiliki kesuburan tertinggi dan membiak dengan cepat.

Bayangkan dalam keadaan semula jadi atau arnab betina di hutan, ia boleh mengawan semula dalam masa 24 hingga 48 jam selepas beranak.

Sementara itu, dalam penternakan arnab komersial pula arnab betina akan 'dikahwinkan' semula dalam tempoh antara tiga hingga empat minggu selepas tempoh beranak.

Jika mudah proses anak cerai susu, arnab betina sudah boleh dikahwinkan semula.

Pada masa sama, tempoh cerai susu bagi arnab ialah antara sebulan hingga 45 hari. Biasanya bergantung juga kepada tujuan penternakan arnab berkenaan.

Contohnya ada pemilik arnab memelihara haiwan itu untuk tujuan pembiakbakaan ataupun penggemukan.

Untuk baka, pemilik perlu mencari anak arnab dengan kondisi kesihatan, ketahanan dan berat yang terbaik.

Arnab terpilih di tanda pengenalan individu (TAG) dan mempunyai rekod catatannya.

Selepas 30 hari anak arnab boleh dipisahkan dari ibu. Anak arnab ketika ini boleh diberikan pellet atau 'alfalfa hay' (alfalfa kering). Kebiasaan arnab akan diberikan pellet sehingga umurnya matang.

Tujuan pembakaan, arnab akan dinilai dari rekod prestasi (aktif, galak, rupa bentuk dan pandai menjaga anak).

Tip lain, arnab betina yang tidak boleh menjaga atau anak kerap mati selama dua kali beranak tidak layak untuk dijadikan induk. Penternak mestilah menjual atau memasarkan arnab itu sebagai daging jualan sahaja.


Dalam proses cerai susu juga seharusnya menggunakan kaedah betul mengasingkan anak arnab daripada induk.

Apabila sudah memegang salah satu dari anak arnab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibu.

Ia bertujuan mengelakkan ibu arnab itu menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya.

Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu), buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi antara hari ketujuh hingga ke 10.

lbu arnab akan menyusukan anaknya pada sebelah malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja.

Paling penting dalam pemberian susu ialah susu awalan. Oleh kerana pemberian susu hanya sekali atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama pada sebelah siang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 2.387325 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list