CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35737|Reply: 0

[Kedah] Polis terima 22 laporan berhubung penipuan Siti Hajartul Haini

[Copy link]
Post time 20-10-2024 04:24 PM | Show all posts |Read mode
Polis terima 22 laporan berhubung penipuan Siti Hajartul Haini

ZuliatyZulkiffli[email protected]




MAHMUD (tengah) bersama sebahagian mangsa membuat laporan di Kulim. FOTO Ihsan pembaca





Kulim: Polis mengesahkan menerima 22 laporan polis berhubung penipuan membabitkan seorang ahli perniagaan wanita dikenali Siti Hajartul Haini Abd Hamid sejak dua bulan lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Mohd Noor berkata, semua laporan itu dibuat di Balai Polis Kulim Hi Tech.Beliau berkata, modus operandi yang dilakukan adalah sama seperti sebelum ini dan yang dilaporkan melalui Metro Ahad hari ini.

"Siasatan sedang dilakukan berhubung laporan berkaitan kes itu."Bagaimanapun, jika ada lagi mangsa yang mengalami perkara sama, mereka boleh membuat laporan polis di mana-mana balai untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Muka depan Metro Ahad hari ini melaporkan lebih 100 mangsa berputih mata apabila kerugian lebih RM110 juta selepas diperdaya dengan harga emas 916 yang lebih rendah dari pasaran oleh wanita dikenali Siti Hajartul Haini Abd Hamid sejak dua bulan lalu.

Lebih malang, kebanyakan mangsa yang bekerja di satu unit di salah sebuah hospital awam di Lembah Klang selain guru di beberapa negeri, kini diburu kerana menjadi orang tengah yang mengumpul wang berkenaan.

Sama seperti skim kutu yang memperdaya mangsa sebelum ini, pelabur ditawarkan harga murah sehingga ada yang sanggup meminjam daripada saudara mara, rakan-rakan dan peminjam wang tanpa lesen semata-mata untuk merebut 'tawaran hebat' terbabit.

Sebahagian besar mangsa turut mendapatkan pandangan guaman daripada Pengarah Advokasi Khidmat Guam, Dr Mahmud Jumaat yang membantu mereka yang kebanyakannya adalah penjawat awam.

Sementara itu Mahmud berkata, pihaknya sedang mengumpulkan maklumat dari mangsa di negeri-negeri lain termasuk Kuala Lumpur dan Perak untuk tindakan susulan.

"Pada peringkat ini, kita dapati, ada dua kategori pengadu yang menjadi mangsa.

"Ada yang dikategorikan sebagai 'leader' dan ada juga yang memang masuk pelaburan ini sendiri serta berurusan dengan wanita yang kini sedang diburu," katanya.



Disiarkan pada: Oktober 20, 2024 @ 3:59pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1146537/polis-terima-22-laporan-berhubung-penipuan-siti-hajartul-haini




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.064256 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list