PPS Bandar Baharu ditutup, banjir pulih di Kedah
Zuliaty Zulkiffli[email protected]
PPS di SK Sungai Kechil Ulu ditutup sepenuhnya hari ini. FOTO ihsan APM
Bandar Baharu: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kechil Ulu yang menempatkan 109 mangsa banjir susulan air pasang besar, Jumaat lalu ditutup, hari ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, PPS itu akan ditutup secara rasmi, 12 tengahari ini oleh Pegawai Daerah Bandar Baharu, Mohd Noor Ismail.
Beliau berkata, kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas air surut sepenuhnya dan ia PPS terakhir ditutup di negeri ini.
Disiarkan pada: Oktober 21, 2024 @ 11:56am
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1146751/pps-bandar-baharu-ditutup-banjir-pulih-di-kedah
|