CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32144|Reply: 0

[Perlis] Daun ketum 1 tan dari Kedah cuba diseludup ke Thailand

[Copy link]
Post time 21-10-2024 06:50 PM | Show all posts |Read mode
Daun ketum 1 tan dari Kedah cuba diseludup ke Thailand

Oleh Aizat Sharif - Oktober 21, 2024 @ 5:57pm [email protected]




Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain (duduk) menunjukkan daun ketum yang dirampas dari sebuah bot di timur laut muara Kuala Sanglang pada sidang media di pejabat APMM Zon Maritim Kuala Perlis, hari ini. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir





KANGAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mematahkan cubaan menyeludup satu tan daun ketum ke Thailand menerusi laut di Kuala Sanglang di sini, awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata kejayaan itu dilakukan jam 1.20 pagi pada kedudukan 9.4 batu nautika timur laut Kuala Sanglang.

Katanya, aktiviti itu berjaya dikesan Unit Risikan Zon Maritim Kuala Perlis menerusi bot Perkasa 1227 yang mendapati sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran disyaki dikendali dua lelaki sedang bergerak keluar dari Kuala Sanglang di perairan Perlis.

"Suspek dipercayai menuju ke arah sempadan Thailand dalam keadaan mencurigakan. Apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa, mereka kemudian cuba melarikan diri sebelum bot Perkasa 1227 mengejarnya selama 30 minit.

"Kedua-dua suspek meninggalkan bot yang dikemudi di salah sebuah jeti haram di muara Kuala Sanglang sebelum terus menghilangkan diri," katanya di Pejabat Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Perlis, di sini hari ini.

Mohd Hashim berkata pemeriksaan lanjut ke atas bot yang ditinggalkan itu menjumpai 150 bungkusan plastik hitam disyaki daun ketum disembunyikan di ruang simpanan ikan.

Katanya, pihaknya percaya suspek mengubahsuai bahagian dalaman bot untuk menyembunyikan daun ketum daripada dikesan pihak berkuasa.

"Daun ketum yang dirampas itu dianggarkan seberat 10 kilogram (kg) bagi setiap bungkusan dengan anggaran berat keseluruhan sekitar satu tan.

"Ia dianggarkan bernilai RM50,000 dan cuba diseludup ke Thailand. Siasatan awal kita mendapati daun ketum diperolehi dari Kedah," katanya.

Mohd Hashim berkata hasil tangkapan dan rampasan termasuk bot dianggarkan bernilai RM100,000.

Katanya, bot itu dibawa ke Jeti Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Perlis sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 8(a) Akta Perikanan 1985," katanya.

Mohd Hashim percaya tindakan kerajaan Thailand yang berura-ura untuk mengetatkan kembali undang-undang penjualan daun ketum dan ganja menyebabkan permintaannya di negara itu kembali rancak.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1314104/daun-ketum-1-tan-dari-kedah-cuba-diseludup-ke-thailand





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.545539 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list