CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26195|Reply: 1

[Kedah] Bertengkar dengan orang awam, Pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah dipanggil polis

[Copy link]
Post time 21-10-2024 10:31 PM | Show all posts |Read mode
Bertengkar dengan orang awam, Pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah dipanggil polis

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




GAMBAR hiasan





Alor Setar: Pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung suatu insiden pertengkaran membabitkan orang awam di sini, semalam.

Dalam video yang tular di media sosial, dikatakan berlaku perselisihan faham antara pegawai terbabit dan orang awam di kawasan berdekatan tapak pasar malam di Jalan Pegawai.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad mengesahkan pihaknya menerima dua laporan daripada dua lelaki berusia 48 dan 54 tahun berhubung kejadian.

Katanya, laporan pertama diterima pada 1.25 pagi hari ini, manakala laporan kedua menyusul pada 10.58 pagi.

"Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku semalam, sekitar jam 11.50 malam di daerah ini.

"Berdasarkan rakaman video itu mendapati beberapa individu bertengkar mulut dengan seorang lelaki duduk di tempat pemandu kenderaan.

"Berikutan itu, dua kertas siasatan berasingan dibuka bersangkut kejadian ini," katanya dalam kenyataan malam ini.

Siti Nor Salawati berkata, kes pertama disiasat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan, manakala laporan kedua mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, pihak yang terbabit sudah dipanggil untuk memberi keterangan dan orang ramai dinasihat tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan.



Disiarkan pada: Oktober 21, 2024 @ 10:17pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1147004/bertengkar-dengan-orang-awam-pegawai-pejabat-menteri-besar-kedah-dipanggil




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-10-2024 12:27 AM | Show all posts

Tular video perselisihan faham terbabit yang mendakwa individu terlibat merupakan salah seorang daripada kakitangan di Pejabat Menteri Besar Kedah.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.693703 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list