Lelaki warga Pakistan maut ditikam
BERNAMA
ANGGOTA polis mengangkat mayat lelaki warga Pakistan yang ditikam dan meninggal dunia ketika dirawat di sebuah klinik swasta di Jalan Dato Keramat, George Town. FOTO Mikail Ong.
Georgetown: Seorang lelaki warga Pakistan maut selepas ditikam lelaki disyaki warga tempatan dalam kejadian di Pulau Tikus di sini, hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Lee Swee Sake berkata, kejadian itu berlaku pada 5 petang dan mangsa berusia 48 tahun yang cedera parah telah dibawa ke sebuah klinik swasta di Jalan Datuk Keramat, di sini untuk mendapatkan rawatan.
"Mangsa dibawa ke klinik swasta tersebut oleh rakannya sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan kira-kira 6 petang tadi dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan suspek dan mengenal pasti punca insiden tersebut berlaku.
Lee berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.
Disiarkan pada: Oktober 21, 2024 @ 10:48pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1147006/lelaki-warga-pakistan-maut-ditikam
|