View: 10157|Reply: 18
|
3 kali menjanda, Britney Spears kahwin dengan diri sendiri
[Copy link]
|
|
HAMPIR setahun bercerai dengan suami ketiga, bintang pop sensasi Britney Spears membuat kejutan apabila mengumumkan perkahwinan terbaharunya.
Peliknya, penyanyi lagu Oops! I Did It Again itu memilih untuk berkahwin dengan diri sendiri dan menyifatkan perkara tersebut sebagai tindakan paling bijak yang pernah diambil sepanjang hidupnya.
“Hari di mana saya berkahwin dengan diri saya sendiri.
“Perkara ini kelihatan memalukan dan bodoh tetapi merupakan perkara yang hebat pernah saya lakukan,” tulisnya dalam hantaran Instagram.
Menerusi perkongsian video itu, Britney mengenakan baju pengantin sutera rona putih lengkap menggayakan layah panjang warna senada.
Tidak menyebut sepatah pun perkataan, dia hanya beraksi di hadapan kamera dengan lagu Sting, Field of Gold sebagai latar.
Barangkali enggan mengundang kecaman, penyanyi berusia 42 tahun itu turut menutup ruangan pada bahagian komen Instagramnya itu.
Pada 2 Mei lalu Britney dan suami ketiganya, Sam Asghari disahkan bercerai hanya selepas 15 bulan berkahwin.
Sebelum bersama model berdarah Iran-Amerika itu, dia pernah mendirikan rumah tangga bersama penarinya, Kevin Federline dan rakan zaman kecil, Jason Allen Alexander.
Kedua-dua perkahwinan tersebut berakhir dengan perceraian dan bersama Kevin mereka dikurniakan dua anak lelaki.
Perkahwinan dengan Jason pada 2004 antara kontroversi dicetuskan Britney kerana mereka hanya bergelar suami isteri selama 55 jam.
Difahamkan sekitar Disember 2022 iaitu enam bulan selepas mengahwini Sam, Britney pernah berkongsi video mendakwa berkahwin dengan diri sendiri walaupun sudah bersuami.
Begitupun, ini bukan kali pertama dia berkongsi video pelik kerana sebelum ini pernah menari dengan menunjukkan pisau selain berkuda dalam keadaan separuh bogel.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
eh bukan ko ke curang ngan sam haritu?? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku xde rasa simpati.semoga mereput |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya time mude remaja dulu kahwin diri snd. Penat beranak penat kerja ujung2 snd jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian tgk dia ni. Macam hilang arah tuju |
|
|
|
|
|
|
|
jiwa kacau dia ni...
padahal dulu2 sgt la popular.... |
|
|
|
|
|
|
|
i kesian britney sebab hidup dia hancur sebab keluarga dan org management dia dulu hancurkan life dia. dia jadi ting tong pun sebab kerap sgt ambil ubat yg tak perlu dan kesannya otak britney jadi ting tong. kalau sapa tahu kisah britney, mesti kesian kat dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian. All the money, beauty n fame in the world pon xboleh bg dia kebahagiaan. Penyebab utama ialah parent. Untung sape kat dunia dpt parent baik. Jarang tgk org yg dpt parent xelok end up berjaya.
I suka tgk jen garner hidup dia sgt hepi dgn parent |
|
|
|
|
|
|
|
Waktu dia innocent dulu thn 1999 2000 2001 2002..minat sgt dgn britney.
Suka semua lagu2 dia..
Kesian dia...takdir semua org x sama |
|
|
|
|
|
|
|
dgn keadaan Britney skrg, ai faham dgn penderitaan yg dia alami...
harap semuanya akan baik2 belaka utk Britney... |
|
|
|
|
|
|
|
Dimanipulasi pada usia muda. |
|
|
|
|
|
|
|
saja nak sensasi dia ni
tau juga nak tutup ruang komen
tapi ya, kesian juga dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian..fans teringin sangat2 nk tengok dia buat comeback.Tpi apakan daya beyond repair dh dia punya tingtong. |
|
|
|
|
|
|
| |
|