Edited by sfhzuraz at 25-10-2024 05:38 PM
Kapal layar China berlabuh di Pulau Pinang
MOHD ISKANDAR OTHMAN
25 Oktober 2024 04:29pm
Lawatan pegawai TLDM ke kapal PLAN Po Lang.
GEORGE TOWN - Kapal layar latihan Tentera Laut Pembebasan Rakyat China (PLAN) Po Lang berlabuh di Pelabuhan Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) di sini pada Rabu.
Kapal layar latihan itu yang tiba dari Colombo, Sri Lanka disambut dengan tradisi ketenteraan yang diiringi oleh persembahan pancaragam daripada Pasukan Pancaragam KD Sultan Ismail.
Ketibaan kapal telah disambut oleh delegasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang diketuai Asisten Ketua Staf Operasi Markas Pemerintahan Armada Barat, Kepten Shaiful Fadzli Ismail, wakil Konsulat Jeneral People's Republic of China di Pulau Pinang serta beberapa wakil agensi kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
Difahamkan, tujuan kedatangan Kapal PLAN Po Lang itu bagi mengeratkan hubungan diplomasi antara kedua-dua pasukan tentera laut.
]
Seramai 15 kru Kapal Layar TLDM iaitu KLD Tunas Samudera berpeluang mengadakan lawatan ke mengadakan lawatan ke kapal PLAN Po Lang sebagai pendedahan dan perkongsian pengetahuan serta teknologi.
Menerusi kenyataan di Facebook TLDM memaklumkan, Ketua Flotila dan Pegawai Memerintah PLAN Po Lang akan mengadakan kunjung hormat kepada wakil TLDM di Pejabat Wakil Tentera Laut Pulau Pinang.
Po Lang ialah Kapal Layar Latihan sepanjang 86 meter yang dalam rangka pelayaran latihan di beberapa buah negara dengan destinasi seterusnya adalah Singapura.
Pada Khamis seramai 15 kru Kapal Layar TLDM iaitu KLD Tunas Samudera berpeluang mengadakan lawatan ke kapal PLAN Po Lang sebagai pendedahan dan perkongsian pengetahuan serta teknologi.
]
Kapal layar latihan Tentera Laut Pembebasan Rakyat China (PLAN) Po Lang berlabuh di Pulau Pinang bermula 23 hingga 26 Oktober sebelum meneruskan pelayaran ke Singapura.
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat di geladak atas, diikuti dengan sesi interaksi aktif yang meliputi perkongsian pengalaman, pengetahuan ilmu kelautan dan pengendalian kapal layar serta turut bertukar-tukar pendapat berkaitan pengurusan pelatih di kapal layar.
Menurut kenyataan TLDM lagi, program lawatan berkenaan dipercayai dapat membuka peluang ke arah kerjasama lebih terkoordinasi berkaitan latihan kapal layar pada masa akan datang, sekaligus mempromosikan semangat harmoni serta komitmen berterusan kedua-dua Tentera Laut dalam memperkukuh hubungan diplomasi Malaysia dan China.
https://www.sinarharian.com.my/article/693071/berita/semasa/kapal-layar-china-berlabuh-di-pulau-pinang
|