CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40667|Reply: 1

[Kedah] Hanya pelajar lepasan SPM sertai PLKN Januari 2025 - Adly

[Copy link]
Post time 27-10-2024 06:24 PM | Show all posts |Read mode
Hanya pelajar lepasan SPM sertai PLKN Januari 2025 - Adly

Oleh BERNAMA - Oktober 27, 2024 @ 4:54pm



Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari. - BERNAMA




SUNGAI PETANI: Hanya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan terbabit dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dijadualkan bermula Januari 2025, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

Beliau berkata, wujud salah faham dalam kalangan masyarakat berkenaan had umur ditetapkan untuk menyertai PLKN, sekali gus menimbulkan keresahan orang ramai berhubung perkara terbabit.

"Fokus kita tahun hadapan ialah lepasan SPM... contohnya lepas SPM tak boleh hadir sebab beberapa kekangan, (maka) dia boleh hadir hingga usia 35 tahun, itu mengikut akta.

"Tetapi, fokus kita ialah pelajar lepasan SPM, saya rasa di situ ada salah faham tentang kaedah pengambilan. Memang ada keresahan … mereka kata umur 30 sudah bekerja, tidak timbul isu, kita meletakkan akta tujuannya agar mereka diberi sedikit kelonggaran," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Pemerkasaan Usahawan Veteran (PUVET) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Peringkat Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang di sini hari ini.

Adly berkata, bermula Januari tahun hadapan, sebanyak 1,000 peserta terbabit dengan PLKN dan akan ditempatkan di dua kem latihan.

"Dari segi modul pula akan ada penambahbaikan yang kita buat berdasarkan PLKN sebelum ini. Bagi kita apa yang penting apabila mereka keluar PLKN, selain ada semangat jati diri, mereka juga mempunyai kemampuan dan keupayaan yang tinggi untuk memastikan mereka berjaya dalam bidang masing-masing," katanya.

Mengenai dakwaan kekerapan kapal dari negara luar terutamanya China masuk ke perairan negara seperti tular baru-baru ini, Adly berkata masyarakat tidak perlu gusar dengan keselamatan dan keupayaan pertahanan di perairan negara.

"Saya rasa tak perlu gusar, ini amalan biasa dan kita dah sampaikan maklumat ini ke Parlimen bahawa ia sebahagian daripada kerjasama dua hala kita.

"Mana-mana kapal yang nak berlabuh di Malaysia kena buat permohonan kepada kita," katanya.

Adly berkata, sepanjang Oktober sahaja, Malaysia menerima kunjungan dari negara seperti Amerika Syarikat (AS), Itali, Jerman, Russia dan China.

"Kita memang agak kerap terima (kedatangan kapal lain), kadang-kadang sebulan dua tiga kali kapal dari pelbagai negara.

"Ini amalan Malaysia sebagai negara berkecuali dan kita terbuka untuk menerima rakan-rakan pertahanan kita, tetapi mereka mesti melalui proses-proses ditetapkan," katanya.

Terdahulu, Adly menyampaikan geran Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) bernilai RM140,000 kepada 28 usahawan veteran ATM dari Kedah, Perlis dan Pulau Pinang yang terbabit dalam perniagaan seperti perkhidmatan, elektrik, pembuatan, makanan dan peruncitan.

"Hingga kini terdapat 161 usahawan veteran ATM menerima geran SPKLB dengan nilai keseluruhan RM805,000.

"Saya harap dengan bantuan ini mereka akan dapat meningkatkan mutu keusahawanan mereka dalam konteks meningkatkan peralatan dan produktiviti, bagi membantu menambah pendapatan mereka," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1316606/hanya-pelajar-lepasan-spm-sertai-plkn-januari-2025-adly





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2024 10:01 PM | Show all posts
Semoga program PLKN ini dapat menyatu padukan masyarakat berbilang kaum dengan lebih jitu dan terampil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.234478 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list