CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31596|Reply: 0

[Perlis] 'Pelaku kes dera kanak-kanak biasanya dikenali mangsa, orang terdekat dengan mereka' - Nancy

[Copy link]
Post time 28-10-2024 03:58 PM | Show all posts |Read mode
'Pelaku kes dera kanak-kanak biasanya dikenali mangsa, orang terdekat dengan mereka' - Nancy

Oleh Aizat Sharif - Oktober 28, 2024 @ 2:59pm [email protected]




Nancy (duduk tiga kanan) bersama Mohd Shukri (duduk empat kanan) bergambar pada Majlis Pelancaran Program Advokasi KASIH Kanak-





KANGAR: Kebanyakan pelaku kes penderaan terhadap kanak-kanak adalah individu atau orang dikenali mangsa dera itu sendiri seperti ibu, bapa dan orang yang mempunyai kaitan dengan ibu serta bapanya.

Bagi tempoh 2018 hingga tahun lalu, terdapat kira-kira 3,597 kes penderaan kanak-kanak direkodkan berlaku di negara ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak berlaku apabila mangsa dicederakan atau tidak dijaga dengan baik.

Beliau berkata, kebanyakan kes membabitkan pelaku dalam kalangan individu yang dikenali kanak-kanak terbabit, menyebabkan orang sekeliling perlu peka bagi mengetahui jika sesuatu tidak betul berlaku.

"Adalah penting untuk kita belajar bagaimana mengenali apabila sesuatu tidak betul berlaku membabitkan kanak-kanak itu kerana pelaku biasanya dalam kalangan individu dikenali mereka. Selain itu, kita perlu tahu kepada siapa boleh minta bantuan jika kejadian itu berlaku.

"Kita ada program KASIH Kanak-Kanak bertujuan membantu semua orang mengetahui apa yang perlu dilakukan jika kanak-kanak berada dalam bahaya, malah sekarang ada pelbagai ceramah dan pameran anjuran agensi yang berusaha menjaga keselamatan kanak-kanak," katanya berucap merasmikan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Peringkat Perlis 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abi, di sini hari ini.

Kira-kira 1,000 pelajar dan guru sekolah di Perlis hadir dalam program advokasi bagi mendidik serta memberi perlindungan kepada kanak-kanak supaya mereka selamat, bahagia dan sihat.

Turut hadir, Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli; Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Dr Maziah Che Yusoff; Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Che Murad Sayang Ramjan dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Pengurusan Bencana Perlis, Megat Hashirat Hassan.

Nancy berkata, pihaknya sudah menetapkan sasaran untuk menjalankan program berkenaan di 300 sekolah di seluruh negara pada tahun ini bagi memastikan dapat mencapai sebanyak mungkin kanak-kanak supaya mereka terus dilindungi daripada sebarang pengabaian dan penderaan.

"Setakat ini, 288 sekolah sudah melaksanakan program seperti ini membabitkan lebih 140,000 pelajar dan dalam usaha ini, semua pihak perlu bertanggungjawab membantu mengawasi kes seumpama ini daripada berlaku, bukan diserahkan kepada polis saja," katanya.

Nancy berkata, kementeriannya sudah mewujudkan Talian Kasih iaitu 15999 yang membolehkan seseorang meminta bantuan, membuat aduan atau bercakap dengan seseorang lain jika berasa tidak selamat.

"Talian Kasih di 15999 adalah talian khas untuk membantu semua orang berasa selamat, dilindungi dan berani bersuara," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1316944/pelaku-kes-dera-kanak-kanak-biasanya-dikenali-mangsa-orang-terdekat





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.848247 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list