Orang ramai yang berminat boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR pada poster bengkel.
SIBU: Bengkel Sarawakiana: Penulisan Skrip akan diadakan pada Sabtu ini, bermula jam 10 pagi hingga 4 petang di Bilik Serba Guna, Pustaka Negeri Sarawak, Sibu (Pustaka Sibu).
Bengkel itu sempena Pesta Buku dan Festival Penulis Sarawak anjuran Pustaka Negeri Sarawak, Sibu yang bermula Khamis ini hingga Ahad.
Sesi interaktif ini akan dikendalikan oleh pembuat filem tempatan, Syafiq Zahin yang menjanjikan pengalaman amat berharga bagi penulis yang bercita-cita untuk mempertingkatkan kemahiran mereka.
Peserta akan mendapat pengetahuan tentang teknik-teknik penulisan skrip yang penting, berkongsi idea dan menerima maklum balas yang membina sambil berhubung dengan kreatif lain.
Mereka yang berminat boleh melakukan prapendaftaran dengan mengimbas kod QR yang disediakan untuk pendaftaran.
Sesi ini terhad kepada 30 peserta sahaja dan kemasukan adalah percuma.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Nur Amanina Mastani di e-mel beralamat [email protected] atau hubungi 084-315200 sambungan 201 atau Norzieana Mohammad Nasir ([email protected] atau 084-315200 sambungan 201).
|