CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43932|Reply: 0

[Johor] Individu ke-4 kes culik ahli perniagaan minta tebusan RM20 juta didakwa pagi ini

[Copy link]
Post time 10-11-2024 10:42 AM | Show all posts |Read mode


JOHOR BAHRU: Seorang wanita yang terlibat dalam penculikan seorang ahli perniagaan dan meminta tebusan RM20 juta pada 13 Oktober lalu dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pagi ini.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata wanita warga tempatan berusia 57 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Johor.

"Wanita yang baru ditahan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pagi ini mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun keseksaan.

"Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 40 tahun dan sebatan" katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun tidak dinyatakan di mana dan bila wanita itu ditahan.

Sebelum ini, polis menahan tiga individu lain termasuk seorang lelaki warga tempatan dan warga asing berumur 29 hingga 49 bagi membantu siasatan kes berkenaan pada 4 Oktober lalu.

Ketiga-tiga individu terbabit telah dituduh di mahkamah yang sama dan diberikan jaminan oleh mahkamah. Kes berkenaan akan disebut semula pada 17 November ini.

Polis mengalu-alukan kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat jenayah di balai polis berhampiran atau menggunakan talian Hotline polis Johor di talian 019-2792095 atau bilik gerakan polis Johor 07-2212999.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.483531 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list