CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40416|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kita jumpa di mahkamah, kata Saifuddin kepada Sanusi

[Copy link]
Post time 10-11-2024 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Kita jumpa di mahkamah, kata Saifuddin kepada Sanusi

Nur Izzati Mohamad[email protected]




SAIFUDDIN Nasution ketika ditemui media pada Majlis Penyerahan Projek Depot Imigresen dan Kuarters Jawi Pulau Pinang. FOTO Danial Saad




Nibong Tebal: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan menghadiri perbicaraan tuntutan kes saman yang dikemukakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terhadapnya apabila satu tarikh baharu ditetapkan pihak mahkamah kelak.

Saifuddin secara berseloroh berkata, beliau sebelum meminta penangguhan kerana mengikuti langkah Muhammad Sanusi yang pernah berbuat demikian ketika berdepan dengan pelbagai kes sebelum itu.

"Saya pun macam Menteri Besar Kedah juga yang bila (perbicaraan) kes ditetapkan, Menteri Besar Kedah pernah memohon penangguhan dalam kes dia.

"Jadi saya pun minta tangguh jugalah…Saya ikut betul-betul (cara) macam Menteri Besar Kedah buat.

"Nanti (bila) satu tarikh baharu ditetapkan, kita jumpa (di) mahkamah," katanya ketika diminta mengulas berhubung saman yang dikemukakan Muhammad Sanusi terhadapnya.

Beliau ditemui pemberita ketika Majlis Penyerahan Projek Depot Tahanan Imigresen dan Kuarters Jawi Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Terdahulu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tetap dengan pendirian meneruskan saman terhadap Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kerana mendakwa Menteri Dalam Negeri itu memfitnahnya mencuri unsur nadir bumi (REE) di Kedah.

Beliau dilaporkan berkata, tarikh perbicaraan kes itu dijangka berlangsung antara 11 hingga 13 November ini, namun beliau difahamkan Saifuddin memohon ia ditangguhkan dengan alasan sibuk dengan tugas kepada negara.

Muhammad Sanusi memfailkan saman terhadap Saifuddin selepas Menteri Dalam Negeri itu gagal memohon maaf dan membayar pampasan kepadanya kerana didakwa memfitnahnya dalam dua program di Kedah dan Pulau Pinang.

Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan pada 3 Ogos menerusi firma guaman, Tetuan Faizi & Associates di Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Menurut penyataan tuntutan itu, Sanusi mendakwa Saifuddin mengeluarkan kenyataan fitnah berhubung isu kecurian unsur nadir bumi (REE) dan dana Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris).



Disiarkan pada: November 10, 2024 @ 12:12pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1153383/kita-jumpa-di-mahkamah-kata-saifuddin-kepada-sanusi




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.035131 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list