CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17812|Reply: 0

[Kedah] Mula dengan baiki telefon bimbit rakan, kini ada kedai gajet sendiri

[Copy link]
Post time 11-11-2024 01:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 11-11-2024 01:30 PM

Mula dengan baiki telefon bimbit rakan, kini ada kedai gajet sendiri

ROSHILA MURNI ROSLI
11 November 2024 08:40am




Mohamad Hanif (kiri) bersama pekerjanya di hadapan kedai mereka di Pekan Changlun, Kedah.




KUBANG PASU - Bermula dengan hanya membaiki telefon bimbit rakan di universiti, seorang graduan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kini mampu berbangga apabila berjaya membuka kedai gajetnya sendiri.

Pemilik MH Gadget Empire, Mohamad Hanif Zainol Abidin berkata, minatnya dalam dunia gajet bermula sejak di bangku sekolah lagi.

“Saya minat gajet dari kecil kemudian bila masuk sekolah menengah saya ada perasaan nak tahu apa yang ada dalam telefon bimbit.


“Jadi saya mula meneroka tentang gajet ni dengan lebih mendalam,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Ahad.

]
Kedai gajet milik Mohamad Hanif menjadi tumpuan orang ramai untuk membaiki telefon bimbit.



Menurutnya, berbekalkan minatnya itu dia kemudiannya menyambung pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Komputer di UniMAP.

“Alhamdulillah, saya dapat jurusan yang kena dengan minat saya dan masa di semester pertama pada usia 19 tahun saya dah mula baiki telefon bimbit kawan-kawan.

“Masa tu saya buat servis tukar skrin dan lain-lain kerosakan asas. Harga servis yang saya tawarkan pun murah sahaja ikut poket pelajar,” katanya.


Mohamad Hanif yang berusia 28 tahun dan sudah mempunyai seorang cahaya mata berkata, berbekalkan kemahiran dan ilmu yang dimiliki dia berjaya membuka sebuah kedai gajet yang terletak di Pekan Changlun di sini.

]
Mohamad Hanif sedang melayan seorang pelanggan di kedainya.



Alhamdulillah walaupun ada dugaan dari segi modal namun ALLAH SWT permudahkan untuk saya buka kedai sendiri pada tahun yang sama saya konvokesyen pada tahun 2021,” katanya.

Cabaran berniaga
Jelasnya, cabaran dalam dunia bisnes mula dirasai ketika itu apabila perlu bersaing dengan rakan seperniagaan selain ingin menarik perhatian masyarakat tentang kewujudan kedai mereka.

“Apa yang saya buat, saya latih pekerja untuk mahir membaiki kerosakan umum dan menggunakan platform media sosial seperti TikTok dan Facebook untuk promosi kedai.

“Syukur pelanggan mulai ramai termasuk dalam kalangan pelajar dan selepas dua tahun saya berjaya besarkan kedai dari separuh kepada satu lot kedai,” ujarnya.


Mohamad Hanif berkata, antara perkhidmatan ditawarkan adalah servis siap segera seawal 20 minit mengikut jenis kerosakan.

"Selain itu, kami juga ada pelbagai jenama telefon pintar baharu dan terpakai, jualan aksesori dan lain-lain lagi.

“Untuk pelajar kami tawarkan harga mampu milik dengan diskaun sehingga 20 peratus, sebab saya pun pernah jadi pelajar jadi saya faham kekangan kewangan mereka,” ujarnya.

Mohamad Hanif yang kini mempunyai tiga orang pekerja tetap, mempunyai impian untuk membuka cawangan kedai gajetnya pada tahun hadapan.

]
Mohamad Hanif (dua dari kiri) bersama pekerjanya di salah satu karnival pendidikan yang disertai syarikat itu baru-baru ini.



“Saya berminat untuk buka cawangan di kawasan yang banyak pusat pengajian sebab impian saya untuk bantu meringankan beban pelajar bila mereka ada kerosakan gajet.

“Tapi fokus saya sekarang dalam Kedah dulu, mungkin akan buka di kawasan Jitra kalau ada peluang,” katanya.

Jelas Mohamad Hanif, kepada pelajar yang mempunyai impian untuk terjun dalam bidang bisnes perlu menjadikan minat mereka itu sebagai bisnes.

Selain itu mereka juga perlu ada perancangan kewangan yang baik dan mempunyai mental serta fizikal yang kuat.

“Pergaulan dengan orang-orang yang lebih berpengalaman juga perlu supaya minda kita sentiasa terbuka dan mengambil iktibar dari pengalaman mereka,” ujarnya.

https://www.sinarharian.com.my/article/695840/edisi/utara/mula-dengan-baiki-telefon-bimbit-rakan-kini-ada-kedai-gajet-sendiri


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.047098 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list