CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36088|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Gobind masih penting dalam DAP walau tewas pemilihan di Selangor' - Anthony

[Copy link]
Post time 11-11-2024 06:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 11-11-2024 06:05 PM

'Gobind masih penting dalam DAP walau tewas pemilihan di Selangor' - Anthony

MOHD ISKANDAR OTHMAN
11 November 2024 02:52pm




Anthony Loke (dua dari kanan) ketika sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persetujuan (MoA) antara Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) pada Isnin.




SEBERANG JAYA - Kekalahan Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo dalam Pemilihan DAP Negeri Selangor pada Ahad disifatkan sebagai perkara biasa dan ia sebahagian daripada proses demokrasi parti.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, meskipun Gobind tidak lagi menerajui DAP Selangor, namun beliau masih mempunyai peranan penting sebagai Timbalan Pengerusi DAP di peringkat pusat.

Menurutnya, Gobind yang berkhidmat sebagai Pengerusi DAP Selangor bagi penggal 2021-2024 juga menerima kekalahannya dan menghormati kehendak perwakilan.

"Ia memang kekalahan mengejut, namun beliau akan terus memainkan peranan penting sebagai Timbalan Pengerusi DAP di peringkat nasional.

“Saya berterima kasih kepada Gobind atas sumbangannya kepada DAP Selangor selama ini.

"Kekalahannya tidak bermakna dia perlu berundur, pastinya tidak,” katanya ketika sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persetujuan (MoA) antara Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) di sini pada Isnin.

Pada Ahad media melaporkan Gobind yang juga Menteri Digital gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi DAP Selangor kerana tewas dalam pemilihan Pemilihan DAP Negeri Selangor bagi penggal 2024-2027.

Pemilihan berlangsung sempena Konvensyen Biasa Negeri DAP Selangor 2024 di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC).


Berdasarkan keputusan pemilihan yang diumumkan, Gobind hanya memperoleh 675 undi, sekali gus gagal meletakkan namanya dalam kelompok 15 teratas untuk dilantik jawatan tertinggi DAP negeri.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han dipilih sebagai Pengerusi DAP Selangor yang baharu.

https://www.sinarharian.com.my/article/695942/berita/politik/gobind-masih-penting-dalam-dap-walau-tewas-pemilihan-di-selangor---anthony


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.035158 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list