CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38244|Reply: 0

[Kedah] Kedah 'brek mengejut' rundingan dengan MMC

[Copy link]
Post time 11-11-2024 06:20 PM | Show all posts |Read mode
Kedah 'brek mengejut' rundingan dengan MMC

Izzali Ismail[email protected]




KENYATAAN media KDA FC hari ini.




Alor Setar: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) melakukan kejutan apabila memutuskan untuk tidak meneruskan perbincangan mengenai penjualan 100 peratus sahamnya kepada anak syarikat DSAT Group, Mahsuri Medical Centre (MMC).

Menerusi kenyataan media hari ini, pihak pengurusan KDA FC yang masih 'memburu' pemilik baharu bagi menyelesaikan kemelut kewangan dihadapi mereka tiba-tiba menutup pintu rundingan dengan DSAT Group Sdn Bhd yang dimiliki Datuk Seri Azizul Tandek.

"Pihak KDA FC telah menghantar surat kepada pihak MMC pada hari ini 11 November 2024 untuk memaklumkan untuk tidak meneruskan perbincangan tentang penjualan 100 peratus saham KDA FC.

"Pihak KDA FC mendoakan yang terbaik kepada MMC dalam pembangunan perniagaan di masa hadapan," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif MMC, Dr Zaki Zamani Abd Rashid mengemukakan surat tawaran kepada KDA FC pada 3 November lalu untuk memiliki kepentingan yang ditanggung kelab berkenaan.

Empat hari kemudian pihak KDA FC memberi maklum balas untuk merujuk tawaran itu dengan pihak peguam kelab bagi membincangkan asas serta terma tawaran dengan lebih lanjut dan terperinci.



Disiarkan pada: November 11, 2024 @ 5:52pm

https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/11/1153903/kedah-brek-mengejut-rundingan-dengan-mmc




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.035059 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list