CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35203|Reply: 0

[Sarawak] Pelajar Sarawak lanjut pengajian di IPT terima wang saku RM1,200

[Copy link]
Post time 11-11-2024 10:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 11-11-2024 02:49 PM



KUCHING: Pelajar Sarawak yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh Malaysia akan menerima wang saku sebanyak RM1,200 pada tahun depan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata bantuan kewangan khas ini akan memberi manfaat kepada 25,000 pelajar Sarawak daripada keluarga berpendapatan rendah dengan pendapatan perkapita isi rumah RM1,500 atau kurang sebulan.

“Wang yang diberikan ini akan digunakan untuk makanan dan barangan keperluan bagi membantu mereka mengurangkan kos sara hidup.

“Di bawah bajet ini, sejumlah RM30 juta akan diperuntukkan untuk tujuan ini,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2025 (Rang Undang-Undang Perbekalan (2025), 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Sementara itu, Abang Johari berkata, pemberian baucar buku RM500 dan komputer riba percuma untuk pelajar Sarawak, yang dilancarkan bulan Ogos tahun ini, akan diteruskan pada 2025.

“Sebanyak RM2 juta akan diperuntukkan untuk baucar buku yang mana RM500 akan diberikan kepada setiap pelajar Sarawak di institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk isi rumah dengan pendapatan per kapita RM1,500 sebulan dan ke bawah.

“Manakala bantuan komputer riba percuma akan diberikan kepada pelajar Sarawak yang berjaya mendaftar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk isi rumah dengan pendapatan perkapita RM1,500 sebulan dan ke bawah,” ujarnya.

Jelasnya, bantuan tersebut akan membantu memperkasakan pelajar dengan teknologi penting yang mereka perlukan untuk cemerlang dalam pengajian masing-masing.

“Ini melibatkan peruntukan sebanyak RM30.5 pada tahun depan yang akan memberi manfaat kepada 10,166 pelajar,” kata Abang Johari.

Beliau turut memberitahu, Sarawak akan terus menyediakan geran operasi tahunan kepada universiti dan kolej milik kerajaan negeri di mana untuk tahun 2025, sejumlah RM35 juta akan diperuntukkan kepada Universiti Teknologi Sarawak, RM30 juta kepada Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak, RM30 juta kepada i-CATS University College dan RM5.5 juta kepada Kolej Laila Taib.

Peruntukan lain di bawah Belanjawan Negeri 2025 katanya, adalah untuk mempertingkatkan sistem pendidikan dan kemudahan di Sarawak termasuk peruntukan RM20 juta untuk Program Pemantapan Pendidikan Sarawak (SEEP), inisiatif tuisyen percuma bersama untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5 dalam mata pelajaran teras Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah serta mata pelajaran sains tulen, dengan perluasan dalam liputan program tersebut; RM4.6 juta untuk pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (Program Dwibahasa).

Selain itu katanya,  RM27 juta untuk menampung kos operasi tiga sekolah antarabangsa milik negeri di Petra Jaya, Jalan Kuching-Serian Batu 12 dan Sibu, yang mana sekolah di Sibu dijadualkan siap menjelang akhir tahun ini.

Di bawah sektor pendidikan awal kanak-kanak, Abang Johari berkata RM20 juta akan diperuntukkan kepada penyedia pendidikan awal kanak-kanak milik kerajaan negeri, SeDidik dan sejumlah RM14 juta untuk geran khas tahunan kepada semua institusi pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak berdaftar pada tahun 2025.

“Bagi meringankan beban ibu bapa, sebanyak RM2.5 juta juga akan diperuntukkan tahun depan untuk subsidi yuran tadika dan taska.
“Ini akan memberi manfaat kepada 2,500 kanak-kanak yang ibu bapa mereka mempunyai pendapatan bulanan RM7,000 dan ke bawah.

“Dengan menyediakan bantuan ini, kita berhasrat untuk meningkatkan akses pendidikan awal kanak-kanak Sarawak,” katanya.



https://www.utusanborneo.com.my/2024/11/11/pelajar-sarawak-lanjut-pengajian-di-ipt-terima-wang-saku-rm1200

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.050255 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list