View: 14797|Reply: 8
|
Saif Ali Khan diugut bunuh sebab selepas umumkan bakal mengahwini Kareena Kapoor
[Copy link]
|
|
PELAKON Saif Ali Khan mendedahkan menerima ugutan bunuh selepas mengumumkan bakal mengahwini Kareena Kapoor sekitar 12 tahun lalu.
Kata Saif, orang tuanya iaitu Sharmila Tagore dan Mansoor Ali Khan turut menerima ancaman serupa sekali gus membuatkan ahli keluarga terdekat turut berada dalam ketakutan.
Apatah lagi, surat ugutan juga diterima keluarga Kareena termasuk ancaman mengebom lokasi majlis perkahwinan mereka.
Begitu pun, pasangan terbabit meneruskan perancangan berkahwin di sebuah lokasi tertutup dengan dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja.
Kata aktor berusia 54 tahun itu, mereka enggan menuruti arahan individu terbabit kerana yakin ancaman berkenaan sekadar satu ugutan main-main, bukan betul-betul dilakukan seperti yang diungkapkan.
Menurut Saif, ugutan tersebut hanya berpunca daripada kemarahan dan gangguan emosi peminat yang tidak menyenangi rancangan perkahwinannya dengan Kareena.
SUMBER: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
12 tahun lalu punya cerita, so kitaorg nk kena buat apa??? Nasib baik anak ko comel |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni pun bkn mualaf.. kat yindia kan mmg gitu.
sama laa binik srk tu. tak tau ajaran mana sbrnya.
tp ugutan2 ni kalau tak kena mengena psal agama pun biasa jer org dengki. |
|
|
|
|
|
|
|
laaa aku igtkan baru nk kahwin... rupanye cite lama... astu? |
|
|
|
|
|
|
|
nak up jugekkkkkkkkkkkkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Tp saif ni charminglah irl masa tgk Bollywood wives latest season, cara dia bercakap sume , patutlah kareena sangkut nampak mcm gentleman, |
|
|
|
|
|
|
|
54 dah? Kemain helok rupa |
|
|
|
|
|
|
|
Tak nampak 54, retis india ni baik laki danpompuan senang nampak tuwe |
|
|
|
|
|
|
| |
|