Mayat Shaarani ditemui bersama bungkusan berisi siput
Hamzah Osman - November 12, 2024 @ 4:36pm[email protected]
Polis membawa mayat Shaarani Ghazali untuk dihantar ke Hospital Sultanah Maliha bagi proses bedah siasat. - Foto POLIS
LANGKAWI: Seorang lelaki yang keluar mencari siput berhampiran Titi Nelayan di Kampung Bukit Malut, di sini, awal malam tadi, ditemui lemas pagi ini.
Mayat Shaarani Ghazali, 32, ditemui orang awam dalam keadaan terapung dan berseluar hitam bersama sebungkus plastik berisi siput, jam 10.45 pagi tadi, kira-kira 10 meter dari tempat dia dipercayai turun ke laut.
Bungkusan plastik berisi berisi siput yang ditemui bersama mayat Shaarani Ghazali. - Foto POLIS
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata mangsa dikatakan keluar rumah jam 7 malam tadi dipercayai untuk mencari siput yang menjadi rutinnya.
"Mangsa turut memiliki rekod menghidap penyakit sawan," katanya dalam kenyataan di sini.
Shariman berkata, pemeriksaan ke atas mayat tidak menemui sebarang unsur jenayah sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk bedah siasat.
Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga keputusan bedah siasat diperoleh.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/11/1323006/mayat-shaarani-ditemui-bersama-bungkusan-berisi-siput
|