CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36166|Reply: 4

[Johor] Rakan sekolah bertemu semula selepas 35 tahun

[Copy link]
Post time 12-11-2024 06:05 PM | Show all posts |Read mode

Majlis pertemuan semula rakan sekelas Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kuari, Batu Pahat, Johor, pada 1975 di sebuah kediaman di Kampung Parit Lapis, Semarang, Batu Pahat, Johor, bulan lalu. FOTO Ihsan Aziz Bakar Othman

Kuala Lumpur: Selepas 35 tahun tidak bertemu, hubungan antara 45 bekas pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kuari, Batu Pahat, Johor pada 1975 bertaut kembali.

Pengurus pengiklanan, Aziz Bakar Othman, 56, berkata, dia bersama empat sahabatnya mengambil inisiatif untuk mengesan semula rakan sekelas mereka itu.

Menurutnya, pertemuan semula itu menjadi pencetus idea untuk sepakat menubuhkan tabung bagi membantu komuniti serta individu memerlukan.

"Hasil usaha itu, kami berjaya mengesan kesemua rakan sekelas pada 2019 yang dimasukkan dalam kumpulan sembang WhatsApp untuk berkomunikasi.

"Meskipun hanya berhubung melalui kumpulan sembang itu, kami sepakat untuk menubuhkan tabung yang sumbangan dikumpul sendiri dalam kalangan kami.

"Ia bagi membantu komuniti di sekitar kampung berhampiran sekolah rendah kami termasuk program masjid selain membantu rakan sekelas kami yang ditimpa musibah serta sakit," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Aziz berkata, pelbagai usaha dilakukan mereka bagi menyumbang dalam tabung itu termasuk inisiatif daripada rakan wanita yang juga suri rumah untuk berniaga.

"Ada antara kami adalah suri rumah yang juga mahu menyumbang. Jadi, mereka sanggup berniaga seperti menjual kerepek dengan hasil jualan itu disumbangkan dalam tabung berkenaan.

"Hasil sumbangan ini, kami berjaya mengumpul kira-kira RM15,000 dalam tempoh lima tahun yang disumbangkan kepada komuniti dan rakan memerlukan," katanya.

Katanya, selepas lebih 30 tahun tidak bertemu, mereka kemudian nekad untuk mengadakan pertemuan semula bagi mengeratkan silaturahim.

"Hasil perbincangan dilakukan, kami berjaya mengadakan perjumpaan semula itu pada bulan lalu dihadiri kesemua 45 rakan sekelas yang datang dari segenap lokasi.

"Majlis itu diadakan di kediaman salah seorang rakan sekelas yang juga bekas guru besar di Kampung Parit Lapis, Semarang, Batu Pahat, Johor," katanya.

Keterangan gambar:
Majlis pertemuan semula rakan sekelas Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kuari, Batu Pahat, Johor, pada 1975 di sebuah kediaman di Kampung Parit Lapis, Semarang, Batu Pahat, Johor, bulan lalu.


Disiarkan pada: November 12, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2024 06:54 PM | Show all posts
Gathering la ni....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 06:56 PM | Show all posts
Kalau sekolah rendah...
Last umur 12 tahun... + tidak bertemu selama 35 tahun...
Patutnya umur memasing baru 46 tahun....

Tapi kat atas tu dia tulis, umur 56 tahun....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 06:58 PM | Show all posts
56 tahun - 35 tahun = 21 tahun

Kalau 35 tahun tak bertemu, maknanya waktu usia 21 tahun, diorang dah pernah jumpa je...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 06:59 PM | Show all posts
Tapi, kalau last jumpa masa darjah 6, maknanya dah 44 tahun tak jumpa..

56 tahun - 12 tahun = 44 tahun

Haih....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.644093 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list