CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35598|Reply: 0

[Kedah] Empat wartawan tempatan tamatkan pengajian peringkat sarjana

[Copy link]
Post time 12-11-2024 06:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 12-11-2024 06:30 PM

Empat wartawan tempatan tamatkan pengajian peringkat sarjana

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
12 November 2024 04:56pm




Abdul Hadi (kanan), Amira (dua kanan) Marlia dan Mohammed Shahril ketika Majlis Konvokesyen Ke-37 Universiti Utara Malaysia (UUM) di Dewan Mu'adzam Shah, Sintok pada Isnin.




ALOR SETAR - Empat pengamal media tempatan berjaya menamatkan pengajian sebagai graduan Sarjana Sains Kewartawanan Multimedia pada Majlis Konvokesyen Ke-37 Universiti Utara Malaysia (UUM) di Dewan Mu'adzam Shah, Sintok pada Isnin.

Antaranya, Wartawan dari Astro Awani, Abdul Hadi Che Awang, 29; Wartawan Kosmo!, Marlia Zakaria, 42; Wartawan TV3, Amira Suraini Che Mohamad dan Mohammed Shahril Sarapudin, 36, yang bertugas di Radio Televisyen Malaysia (RTM).


Kesemua petugas media berkenaan menerima ijazah yang disampaikan Raja Muda Kedah yang juga Pro-Canselor UUM, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin.


Sementara itu, Abdul Hadi Che Awang berkata, pengajian dalam bidang sarjana menuntut pelbagai pengorbanan terutama dalam pembahagian masa antara belajar dan bekerja.

]
Tengku Sarafudin Badlishah (tengah) bergambar kenangan bersama petugas media sempena Majlis Konvokesyen Ke-37 Universiti Utara Malaysia (UUM) di Dewan Mu'adzam Shah, Sintok pada Isnin.




"Ada ketikanya, waktu peperiksaan beberapa subjek yang dipelajari pada peringkat sarjana berlangsung serentak dengan beberapa acara penting seperti Pilihan Raya Umum (PRU) dan juga Pilihan Raya Negeri (PRN).

"Dari situ, komitmen yang banyak perlu diberikan demi setiap tugasan dapat disiapkan tanpa menjejaskan prestasi kerja," katanya.

Selain itu, Marlia berkata, keputusan menyambung pengajian adalah bagi memastikan ilmu dan kemahiran yang ada sentiasa relevan dalam industri kewartawanan era kini.


"Pengajian sarjana adalah untuk saya tambah baik apa yang ada dalam diri terutama pengetahuan dalam bidang kewartawanan serta multimedia.

"Dalam dunia pendidikan, tiada istilah cepat atau terlambat, namun apa yang penting adalah usaha berterusan selain berani mencabar diri sendiri," katanya.

]
Tengku Sarafudin Badlishah (tiga kanan) berkenan beramah mesra dengan petugas media sempena Majlis Konvokesyen Ke-37 Universiti Utara Malaysia (UUM) di Dewan Mu'adzam Shah, Sintok pada Isnin.



Bagi Mohammed Shahril, keputusan menyambung pengajian adalah sebagai pelaburan terbaik pada masa akan datang.

Jelasnya, keputusan yang dilakukan tahun lalu itu juga menjadi antara langkah kecil untuk beliau agar lebih banyak pintu kejayaan terbuka luas selepas ini.


"Meskipun terikat ketat dengan pelbagai tugas terutamanya melibatkan pengacaraan dan penyampaian berita, tetapi tempoh pembelajaran dalam bidang Sarjana Sains Kewartawanan Multimedia dapat membentuk satu disiplin diri terutama dalam menyiapkan segala tugasan yang diberikan," jelasnya.


https://www.sinarharian.com.my/article/696181/edisi/utara/empat-wartawan-tempatan-tamatkan-pengajian-peringkat-sarjana


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.299341 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list