CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11495|Reply: 3

Peguam didakwa mahu bunuh Shah Rukh Khan ditangkap polis di rumah

[Copy link]
Post time 13-11-2024 12:18 PM | Show all posts |Read mode





Seorang peguam yang didakwa membuat ancaman bunuh terhadap bintang Bollywood, Shah Rukh Khan ditangkap polis di kota raya Mumbai, India hari ini, lapor portal berita India Today.


Faizan Khan yang turut menuntut wang tebusan berjumlah 5 juta rupee (RM262,700) daripada Shah Rukh, ditangkap di kediamannya di Raipur, negeri Chhattisgarh.  


Mesej ugutan itu diserahkan pegawai Balai Polis Bandra, Mumbai  pada minggu lalu, susulan kes peras ugut terhadap aktor filem Jawan tersebut.


Siasatan polis mendapati panggilan ugutan terhadap Shah Rukh dibuat daripada nombor telefon bimbit yang didaftarkan  menggunakan nama Faizan Khan.


Pasukan polis Mumbai melawat Raipur dan memanggil Faizan untuk disoal siasat.


Peguam itu bagaimanapun memberitahu polis bahawa telefon bimbitnya hilang pada 2 November lalu dan dia telah membuat laporan polis.


Bercakap kepada pemberita, Faizan juga berkata,  panggilan ugutan yang dibuat dengan menggunakan nombor telefonnya adalah merupakan komplot jahat terhadap dirinya. – AGENSIa


SUMBER:  – Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2024 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Berani nk bunuh srk
Srk ni level2 old money ni kt sana
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 08:18 AM | Show all posts
bodoh ke ape peguam ni hahaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 01:17 PM | Show all posts
org tgh marah ni apa kuar kat mulut tu mmg laju ler..
tapi kalau trsebut smp nk mbunuh, rsenya bkn saje2 nk sebut kann?
lawyer pun perangai gak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 1.056167 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list