CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14798|Reply: 1

[Pulau Pinang] Bunuh kerana cinta ditolak: Pekerja pembersihan didakwa membunuh Zulkifli dan Zulaila

[Copy link]
Post time 13-11-2024 01:23 PM | Show all posts |Read mode
Bunuh kerana cinta ditolak: Pekerja pembersihan didakwa membunuh Zulkifli dan Zulaila

Zuhainy Zulkiffli[email protected]




Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi (kanan) diiringi pegawai penyiasat polis untuk mendengar dua pertuduhan membunuh terhadap Muhammad Farhan Izzudin Rosman, 32, yang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang. FOTO DANIAL SAAD




Georgetown: Pekerja pembersihan di sebuah kilang didakwa hari ini, atas dua pertuduhan membunuh di Jalan Lengkok Angsana, Ayer Itam di sini, Khamis lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan ke atas Muhammad Farhan Izzuddin Rosman, 32, dibacakan di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi.

Prosiding kes itu dijalankan di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, berikutan tertuduh sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan bunuh hingga menyebabkan kematian ke atas Zulkifli Ibrahim, 62.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan lif, Blok 1 Sri Ivory Apartment, Jalan Lengkok Angsana, Ayer Itam dalam daerah Timur Laut, Pulau Pinang antara jam 12.54 tengah hari hingga 1.25 tengah hari, 7 November lalu.

Manakala pertuduhan kedua, Muhammad Farhan Izzuddin didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Siti Zulaila Zulkifli, 30, di lokasi dan waktu yang sama.

Kedua-dua pertuduhan terhadap tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati atau penjara tidak kurang 30 tahun atau tidak lebih 40 tahun serta tidak kurang 12 kali sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M Darrshini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret kemudian menetapkan 15 Januari depan bagi sebutan semula kes.

Terdahulu, Nadratun tiba di pekarangan HPP pada jam 11.38 pagi dan hadir sama ialah Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Superintendan Azrul Azizan Mat Rawi.

Sebelum ini Harian Metro melaporkan kejadian menimpa dua beranak itu yang maut akibat ditikam seorang lelaki dalam kejadian di hadapan lif sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini.

Insiden itu dipercayai berpunca akibat mangsa wanita dikatakan menolak cinta suspek.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan baru pulang dari tempat kerjanya sebelum didatangi suspek bersenjatakan pisau dan menikam mangsa.

Bapa mangsa yang menyedari kejadian berkenaan cuba meleraikan tindakan suspek terhadap anak perempuannya namun dia juga turut ditikam.

Difahamkan, sekurang-kurangnya enam kesan tikaman dikesan pada mayat kedua-dua mangsa.

Kedua-dua beranak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Tanjong Tokong, di sini.



Disiarkan pada: November 13, 2024 @ 12:56pm

https://www.hmetro.com.my/utama/2024/11/1154470/bunuh-kerana-cinta-ditolak-pekerja-pembersihan-didakwa-membunuh-zulkifli-dan




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2024 04:09 PM | Show all posts
pelaku cuba tikam diri sendiri, tp tak mampus, hadaplah...

kesian kt anak2 mangsa... zaman skrg jd bini org pun x selamat, jd janda pun x selamat... kt dunia mana lg kami org puan ni nk duduk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47162 Replies : 21
Edisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu Angka
telracsEdisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu An
Views : 11044 Replies : 25
Perang Perdagangan sudah bermula, yehawww!
maklukpenggodaPerang Perdagangan sudah bermula, yehaww
Views : 2209 Replies : 2
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11109 Replies : 278
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 6306 Replies : 4
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257047 Replies : 7118
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48983 Replies : 27
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.044439 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list