CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 70647|Reply: 14

Lebih 800 juta orang hidap diabetes, meningkat dua kali ganda di seluruh dunia

[Copy link]
Post time 15-11-2024 10:58 PM | Show all posts |Read mode





LONDON – Bilangan penghidap diabetes meningkat dua kali ganda sejak 30 tahun lalu kepada lebih 800 juta orang di seluruh dunia, demikian menurut kajian global seperti laporan akhbar The Guardian kelmarin.


Kajian diterbitkan dalam jurnal Lancet itu mendapati pesakit diabetes dalam kalangan orang dewasa,  meningkat dua kali ganda daripada tujuh peratus kepada 14 peratus antara tahun 1990 hingga 2022.


Peningkatan terbesar dicatatkan di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana, manakala lebih separuh daripada kes diabetes global tertumpu di empat buah negara.


Daripada jumlah keseluruhan pesakit diabetes pada 2022, lebih satu perempat (212 juta) tinggal di India, 148 juta orang di China, 42 juta di Amerika Syarikat (AS) dan 36 juta di Pakistan.


Di beberapa negara  Kepulauan Pasifik, Caribbean, Asia Barat dan Afrika Utara pula, lebih 25 peratus daripada populasi wanita dan lelaki menghidap diabetes, lapor kajian tersebut.


AS dan Britain mempunyai kadar diabetes tertinggi dalam kalangan negara Barat berpendapatan tinggi dengan masing-masing mencatatkan 12.5 peratus dan 8.8 peratus.


Sebaliknya, kadar diabetes pada tahun 2022 adalah serendah dua hingga empat peratus untuk wanita di Perancis, Denmark, Sepanyol, Switzerland dan Sweden.


Bagi pesakit lelaki, sebanyak tiga hingga lima peratus kes diabetes  direkodkan di Denmark, Perancis, Uganda, Kenya, Malawi, Sepanyol dan Rwanda.


Pengarang kanan kajian itu, Profesor Majid Ezzati dari Kolej Imperial London berkata: “Kajian kami menyerlahkan ketidaksamaan global yang meluas dalam diabetes, dengan kadar rawatan tidak berubah di banyak negara berpendapatan rendah dan sederhana.


“Ini amat membimbangkan kerana penghidap diabetes cenderung lebih muda di negara berpendapatan rendah dan jika tiada rawatan berkesan diberikan, mereka berisiko mengalami komplikasi sepanjang hayat.” – AGENSI




Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2024 11:51 PM | Show all posts
Sementara di Msia..vape..vape..vape.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Risau.. jaga la tabiat dan corak pemakanan masing2..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak sangat makan nasik sebab tu lah diabetes meletus
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp msia x masuk? Org msia bila tepung, beras, gula naik harga, semua rasa mcm bakal mati kebuluran.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2024 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga kita semua dijauhkan dari penyakit berbahaya ini ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh nampak i rasa quality makanan makin merudum walaupun rasa mcm unik maybe. for cheaper cost, so dah byk makanan sintetik yg i rasa byk timbulkan masalah. mcm pedas sintetik, cheese sintetik, lemak sintetik entah la. kalau nk salahkan karbo semata2 dulu pun nasi umpanya byk je org malaysia makan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2024 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah beksin jugek kot eh
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 03:24 PM | Show all posts
Walaupun rasanya unik, kualiti makanan semakin merosot. makanan buatan lebih murah, tetapi saya fikir ia membawa banyak kesukaran. basketball stars seperti keju sintetik, lemak, dan masakan pedas. Jika karbohidrat menjadi punca, ramai rakyat Malaysia makan nasi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 03:59 PM | Show all posts
Kadang-kadang elok juga jika tidak berkemampuan utk membeli minuman dan makanan viral sbb boleh elak mendapat mudarat kesihatan di kemudian hari
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia bukan no 2 Asia ke
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
brp bacaan gula yg cantik sbnrnya?
kalau 5.6 OK ke tak OK
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Mixue, bingxue, aicha, hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 01:18 PM | Show all posts
diabetes la ibu segala penyakit uolss..
beringat2 la..
sbb diabetes, BP mula naik..
Sbb diabetes, jantung pon prob..
sbb diabetes, kidney pon mola jatuh sakit..
sbb diabetes, hati ponn jadik sakit..

mcm2 boleh dpt bila dah ada diabetes..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.113987 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list