CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 76566|Reply: 0

[Perlis] Bandar Teknologi Maju Perlis tawar lebih 2,000 peluang pekerjaan - Fahmi

[Copy link]
Post time 16-11-2024 09:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 16-11-2024 09:14 PM

Bandar Teknologi Maju Perlis tawar lebih 2,000 peluang pekerjaan - Fahmi

16 November 2024 02:53pm




Fahmi




KUALA LUMPUR -  Pembangunan Bandar Teknologi Maju Perlis di Chuping yang dijadual bermula tahun hadapan akan mewujudkan kira-kira 2,000 peluang pekerjaan secara langsung dalam bidang berkaitan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, projek yang melibatkan keseluruhan kos mencecah AS$11 bilion (RM49.17 bilion) itu dijangka mula beroperasi secara berperingkat pada pertengahan 2027.

Beliau berkata, projek itu juga akan memperkasa bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara menerusi jaringan kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi awam seperti Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) atau mana-mana institusi berkaitan TVET.

"Anak-anak muda kita akan dapat kemahiran, untuk bantu pengoperasian bandar teknologi ini selain mahir dan memanfaatkan teknologi AI (kecerdasan buatan),” katanya kepada pemberita hari ini.

Fahmi ditemui selepas mengiringi Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang berkenan berangkat hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Utama, Pembangunan Bandar Teknologi Maju Perlis melibatkan usaha sama Sirage Capital Sdn Bhd dan Skyvast Sdn Bhd di sini hari ini.

Beliau berkata, pembangunan projek itu termasuk meliputi prasarana bagi memuatkan hingga 1.25 Gigawatt (GW) pusat data AI yang bersifat off-grid atau tidak bersandarkan kepada rangkaian tenaga sedia ada.

"Jadi mereka akan memanfaatkan sumber tenaga sama ada solar, bateri simpanan ataupun turbin gas yang berupaya memungkinkan pusat data 1.25GW ini beroperasi dengan baik.

"Sebab itu pelaburan strategik ini di Chuping kerana uniknya ia antara tempat yang menerima jumlah matahari tertinggi (di Malaysia) selain disokong bentuk muka bumi bersesuaian pembangunan Bandar Teknologi Maju Perlis ini,” katanya.


Menurut Fahmi, konsep off-grid itu dilihat akan menarik perhatian banyak syarikat yang ingin memastikan pelaburan mereka menerima penarafan hijau.

"Kementerian Komunikasi yakin pembangunan berkenaan akan membantu transformasi ekonomi digital negara terutamanya di Perlis.

"Ini game-changer (pengubah keadaan), satu projek yang angkat Perlis di peta dunia berkaitan pusat data AI, jadi kementerian akan beri dukungan, termasuk bincang beberapa aspek seperti kabel dasar laut bagi memudahkan pembinaan pusat data di Perlis ini,” katanya. - Bernama


https://www.sinarharian.com.my/article/696923/berita/nasional/bandar-teknologi-maju-perlis-tawar-lebih-2000-peluang-pekerjaan---fahmi


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.434725 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list