CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 81114|Reply: 123

[Jenayah] 'Bubblebee bukan syarikat bumiputera', Shuib saman pengguna TikTok

[Copy link]
Post time 16-11-2024 09:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 18-11-2024 01:10 AM



Adakah menjadi satu kesalahan besar apabila ada pengarah berbangsa lain dalam syarikat.


KUALA LUMPUR: Pelawak dan usahawan sensasi, Shuib bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pengguna media sosial di TikTok yang didakwa mengeluarkan kenyataan palsu membabitkan syarikat minuman miliknya, Bubblebee Sdn Bhd.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 40, berkata, tuduhan dilemparkan individu terbabit amat tidak berasas selain mengakibatkan syarikatnya mengalami kerugian jutaan ringgit.

"Saya akan mengambil tindakan (saman) ke atas kenyataan seorang pengguna TikTok yang melampaui batas. Sekiranya ingin bercakap soal pengasas sesebuah produk, kita kena fikir apakah kesan yang berlaku kepada individu itu dan juga jenama.

"Jika kesan tidak baik dan boleh mengakibatkan kerugian, perkara itu tidak adil untuk saya dan syarikat memandangkan tuduhan itu tidak berasas. Perniagaan saya ini membabitkan pelabur dan urusan perniagaan yang mencecah jutaan ringgit.

"Jika kenyataan dia itu boleh menyebabkan kerugian berjuta kepada kita, saya boleh ambil tindakan kerana bukan hendak memberi pengajaran kepada orang lain, tetapi kepada diri dia sendiri supaya jangan anggap kenyataan di media sosial itu sebagai main-main," katanya yang ditemui pada majlis sidang media Bocey Comeback Live In Singapore di sini.

Dalam masa sama, Shuib turut menjelaskan dakwaan pengguna TikTok terbabit yang memfitnah dengan mengatakan syarikatnya bukan Bumiputera.

"Saya sudah biasa melalui perkara sebegini di mahkamah dan selalunya mereka yang terbabit akan tertunduk malu dan bercakap dalam keadaan terketar-ketar.

"Saya tidak mahu melakukan perkara sebegini, tetapi sekiranya saya tidak melakukan, mereka akan fikir mereka adalah golongan bijaksana dalam berkata-kata.

Apa yang ingin saya tegaskan adalah syarikat ini dimiliki 100 peratus oleh Bumiputera kerana saya adalah pemegang saham terbesar.

"Jadi, hati-hati apabila bercakap kerana apabila membabitkan syarikat, saya perlu mengambil tindakan," katanya.

Kelmarin syarikat milik Shuib itu berdepan dengan 18 pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), sepanjang tahun lalu.

Syarikat terbabit bersama dua pengarahnya diwakili Shuib dan Koh Choon Guan selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Terdahulu, Bubblebee, Shuib dan Koh didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tahun lalu.

BH


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2024 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh eh? Iols ss ni dr fb (ada kredit kat dlm ss tu). Semua sama rata je % of share so camne lak dia pemegang saham terbesar? Ssm report ni i x tau dated bila tp artilel ni poated nov 2023. Kalau 2 org lagi tu non malay then bukan la bumi sebab semua share equal je.  Patutlah budak tt tu berani claim.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Soeb dan saman berpisah tiada
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yang ingin saya tegaskan adalah syarikat ini dimiliki 100 peratus oleh Bumiputera kerana saya adalah pemegang saham terbesar.
_____________
Salah tu soeb. Company tu considered a bumi status company sbb kau pegang more than 51% (ikut MoF). Bukan company tu 100% bumi sebab ada pemegang saham lain yg non bumi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Cakap jelah siapa owner sebenar.

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau saman lah peguam nama alif ahamad tu shuib..takot lakk kau nak saman
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2024 10:46 PM | Show all posts
Check aje kat SSM siapa shareholder dia..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dah mula la nak buat duit melalui saman menyaman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2024 02:38 AM | Show all posts
Soalan:

Bila pengguna tiktok buat kenyataan?

Bubblebee tu masih ada atau sudah bankrupt?

Boleh tak tunjuk bukti syarikat kerugian jutaan ringgit selepas post penguna tiktok tersebut?

cuba tunjuk penyata account syarikat dari tahun 2000 hingga 2024 .. rugi rugi rugi ke atau untung untung untung?

Jangan la picisan sgt .. syarikat ada masalah nak salahkan post penguna tiktok pulak. Alahai bisnesman apa mcm ni? bodoh tu mmg tak salah alamat ek?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 02:50 AM From the mobile phone | Show all posts
dia ni bila eh nk melingkup aura negatip sgt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2024 02:55 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 03:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Stabak tu dari dulu org tau milik Berjaya...xde sapa kesah only now org boikot sebab Palestin
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 03:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 16-11-2024 10:23 PM
Apa yang ingin saya tegaskan adalah syarikat ini dimiliki 100 peratus oleh Bumiputera kerana saya ad ...

bodo kan heols ni?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik guna duit tu tuk bayar denda drpd sibuk menyaman oranv
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
tkde sapa ke nak menghajar si soeb ni..
semakk..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 07:31 AM | Show all posts
Bubblebee ni ada kat area rumah iols... rasanya antara branch terawal yang dia bukak kat Malaysia ni. Tapi iols hanya beli 2x aje sebab mahal nak mampuih.

Sekarang kalau lalu depan kedai dia... sunyi.

Podcast dia pun iols tak berminat nak dengar, tahu depa pun bukan bijak... dengar depa celoteh tak dapat apa pun. Baik dengar Keluar Sekejap, tak pun Malam Seram... hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2024 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak alihkan isu sbnr ke tu? Isu sbnr lbh bsr mkn x abes bang
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 16-11-2024 10:23 PM
Apa yang ingin saya tegaskan adalah syarikat ini dimiliki 100 peratus oleh Bumiputera kerana saya ad ...

Ya kan. Kecuali kalau pemegang saham minoriti yang lain pun bumiputera, boleh kata 100% milik bumiputera. Tapi kalau bawah MOF punya sijil bumiputera yg mengesahkan 100% bumiputera tu maksudnya semua pemegang saham, pengarah, pekerja adalah bumiputera belaka. Kalau setakat 51% pegangan saham, tu hanya majoriti bumiputera.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 08:59 AM | Show all posts
adududu... tepuk dahi bab 100% tu. agaknya dia marah sgt sampai tersasul kot nk sebut majoriti, jadi 100%.

makcik husnuzon.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala orang melayu zaman sekarang takde kisah pun bumi tak bumi. Kalau bagus kami support. Masalahnya ko tak bagus la tu, lagi nak salahkan bumi tak bumi
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 09:12 AM | Show all posts
muka seketul
macam keterunan Timur Leste
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.155495 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list