CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22036|Reply: 0

[Sarawak] Wartakan Air Terjun Three Sisters sebagai Taman Semula Jadi baharu

[Copy link]
Post time 19-11-2024 12:33 PM | Show all posts |Read mode


Air Terjun Three Sisters tarikan pelancongan baharu yang terletak di antara Long Beku dan Long San di Ulu Baram, Miri. - Gambar STB

KUCHING: Dato Dennis Ngau (GPS-Telang Usan) menggesa pihak berkuasa yang berkenaan mewartakan Air Terjun Three Sisters sebagai Taman Semula Jadi yang baharu.

Menurutnya, terletak di antara Long Beku dan Long San di Ulu Baram, Miri, air terjun itu telah menarik minat ramai pengunjung dari serata Malaysia dengan keunikan dan alam semula jadinya.

“Keunikan air terjun ini ialah tiga air terjun berbeza mengalir jatuh ke dalam satu kolam besar membuatkan seseorang itu berasa seolah-olah berada di tapak filem Hollywood.

“Oleh itu, saya menggesa pihak berkuasa yang berkenaan untuk mendapatkan tapak ini dan mewartakannya sebagai Taman Semula Jadi yang baharu dan dibangunkan dengan kemudahan asas untuk pengunjung,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2025), 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Air Terjun Three Sisters boleh dikunjungi dengan perjalanan kira-kira empat jam menggunakan jalan darat dari bandar raya Miri.

Dennis berkata, air terjun itu adalah 'lubuk emas' yang berpotensi meningkatkan sosioekonomi penduduk tempatan.

Sementara itu, selaku Pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Dennis berterima kasih kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg  atas pemahaman yang mendalam tentang cara pemasaran dan promosi industri pelancongan berfungsi.

Tanpa sokongan kewangan yang baik katanya, STB tidak akan dapat mempromosikan Sarawak secara agresif dan meluas kepada dunia serta bersaing dengan negara-negara di rantau ini.

Malah katanya, usaha kolektif STB juga telah membuahkan hasil melihat kepada peningkatan yang berterusan dalam ketibaan pelawat yang menjadi kayu pengukur keberkesanan, kecekapan dan penggunaan bajet yang diperuntukan kepada STB.

Dalam perkembangan lain, Dennis berkata selepas beberapa siri mesyuarat selama beberapa tahun diketuai Pejabat Daerah Telang Usan, dicadangkan Daerah Kecil Long Lama yang terletak di Long Lama dipindahkan ke Long San.



Dennis membahaskan RUU Perbekalan (2025), 2024. - Gambar UKAS

Ini kerana katanya Daerah Kecil Long Lama telah dinaik taraf kepada Pejabat Daerah sepenuhnya.

Justeru katanya, pihaknya berpendapat pusat perkhidmatan kerajaan perlu diwujudkan di Long San bagi membolehkan rakyat luar bandar mendapat perkhidmatan yang ditawarkan kerajaan.

Oleh itu, beliau menggesa pihak berkuasa yang berkenaan meneliti perkara itu dan mungkin dapat memulakan pelaksanaan Daerah Kecil Long San di Long San dengan segera.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.034450 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list