CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29766|Reply: 9

Dasar Trump berpotensi sumbang RM19.7 bilion kepada Malaysia

[Copy link]
Post time 19-11-2024 11:18 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Dasar ekonomi Donald Trump yang akan datang dijangka memberi kesan besar kepada ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan bahawa ia boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).


Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari berpendapat hala tuju dan matlamat Trump adalah jelas.


"Satu dasar utama yang dijangka digubal oleh Trump ialah pelanjutan dan kenaikan tarif ke atas barangan China," katanya dalam satu kenyataan seemalam.


Kashif berkata, ini akan menyebabkan firma China dan antarabangsa melangkah lebih jauh daripada yang mereka lakukan sejak lapan tahun lalu untuk mengalihkan pembuatan keluar dari China ke Asia Tenggara.


Beliau berkata, dasar ini sahaja boleh menyumbang satu mata peratusan tambahan kepada KDNK Malaysia dalam tempoh empat tahun.




"eningkatan mata peratusan tunggal dalam KDNK diterjemahkan kepada peningkatan RM19.7 bilion dalam saiz ekonomi.




"Untuk menjadikan jumlah itu lebih ketara, pertimbangkan bahawa ia bersamaan dengan kira-kira 40 peratus daripada kos Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)," katanya.


Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan KDNK Malaysia pada 2024 ialah AS$440 bilion, di mana satu peratus daripada jumlah itu ialah AS$4.4 bilion, bersamaan RM19.7 bilion pada kadar pertukaran semasa.


Kashif menekankan bahawa pada 2021, iaitu tahun terakhir pentadbiran pertama Trump, eksport Malaysia ke AS mencecah AS$56.2 bilion, peningkatan 27.3 peratus daripada tahun sebelumnya.


Menjelang tahun itu, Malaysia mengeksport AS$41 bilion lebih banyak ke AS daripada membeli dari negara itu, satu pertiga lebih daripada tahun sebelumnya.


"Sepanjang tahun-tahun pentadbiran pertama Trump, ekonomi Malaysia berkembang setiap tahun sebanyak 5.8 peratus pada 2017, 4.8 peratus pada 2018, dan 4.5 peratus pada 2019, sebelum menguncup pada 2020 kerana wabak," katanya.


Tarif Trump ke atas barangan China juga mendorong pelaburan berbilion ringgit ke Malaysia dan menjadikannya pemain utama dalam strategi 'China Plus One', di mana syarikat memindahkan pembuatan ke luar China untuk mengelakkan tarif AS yang tinggi ke atas barangan China.


Pelaburan itu terus berkembang pada tahun-tahun Presiden Joe Biden, dan menjelang 2023, pelaburan langsung asing China dan Hong Kong berjumlah AS$3.4 bilion setiap tahun, tiga kali ganda paras 10 tahun sebelumnya.


Kashif bagaimanapun memberi amaran bahawa terdapat risiko dan peningkatan inflasi di AS boleh mendorong kadar faedah lebih tinggi.


"Itu boleh menarik modal dari Malaysia dengan jangkaan ia akan memperoleh pulangan yang lebih tinggi di AS.


"Ia juga boleh memacu dolar AS, meningkatkan kos dan mengurangkan daya saing eksport bagi pengeluar Malaysia yang bergantung kepada peralatan import," tambahnya.






Sumber - Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2024 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak main la million
Mestilah billion2 di zaman la nih

Of course lah percaya
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 11:58 PM | Show all posts
Sebab tu Malaysia elok senyap-senyap aje. Tunggu dan lihat dasar Trump nanti. Yang tak senang duduk sekarang adalah penyokong demokrat dan puak liberal di US.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 19-11-2024 11:58 PM
Sebab tu Malaysia elok senyap-senyap aje. Tunggu dan lihat dasar Trump nanti. Yang tak senang duduk  ...

Ye ke..

Kah kah kah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 12:10 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Welcome… welcome to Tanah Truly Jawi…



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2024 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Alang2 dah kata berpotensi tu baik sebut lebih sikit mcm 100 billion ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 03:46 AM | Show all posts
biliyunnnnnnnnnn der dia nak kasi kita business

aku tengok dekat youtube dah banyak talkshow yg mula kutuk trump dgn benda isu remeh, contoh woman in sport, dia nak only for genuine woman only.. takde lagi dah lgbtq ni sesuka hati akal celaru dia tu nak buat benda merepek lagi dah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2024 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
make Malaysia great again
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
come on trump yukenduit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.161855 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list