CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 30220|Reply: 21

Wanita maut, anak parah digilis kereta api ketika cuba melintas landasan

[Copy link]
Post time 19-11-2024 11:21 PM | Show all posts |Read mode






PUTATAN: Seorang wanita maut dan anak lelakinya parah akibat digilis kereta api ketika cuba melintas landasan dekat Kampung Petagas, di sini, hari ini.


Dalam insiden kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa wanita berusia 41 itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala anaknya berumur 11 tahun putus kaki kanan dan mengalami kecederaan di tangan serta kepala.


Difahamkan, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang berjalan pulang ke rumah mereka di Kampung Muhibbah, Petagas, yang terletak di seberang landasan kereta api itu.


Terdahulu, wanita terbabit dikatakan mengambil anaknya itu pulang dari Sekolah Kebangsaan (SK) Petagas.


Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton, mengesahkan kejadian berkenaan.


Beliau berkata, kenyataan media akan dikeluarkan selepas pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang selesai membuat siasatan awal di lokasi kejadian.


Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Penolong Penguasa Bomba Noorsherriyana Bohari, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 1.58 tengah hari tadi.


Berdasarkan laporan, beliau berkata, dua beranak itu dirempuh ketika sedang melintas di landasan kereta api yang sedang menuju ke Kota Kinabalu dari Beaufort.


"Wanita terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala anaknya parah dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.


"asukan bomba melakukan pembersihan di lokasi kejadian, selain membantu mengangkat mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis," katanya sambil memaklumkan operasi ditamatkan pada jam 2.47 petang.


Selepas mayat mangsa dialihkan, kereta api meneruskan perjalanan ke stesen di Tanjung Aru.




Sumber - Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2024 03:51 AM | Show all posts
ibu cuba menyelamatkan anaknya dahulu.. salam takziah dari acik ye dik
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 10:01 AM | Show all posts
Innalillah, hati2 la melintas rel ketapi ni, dr jauh dh nampak lajukan jgn assume sempat
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 10:20 AM | Show all posts
Kalau anjing ke, monyet ke, biarkan la anjing atau monyet maut kena gilis kereta api..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
camne bleh kena langgar? Dh dekat baru nk lintas ke??? Ish tak faham aku..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali pandang kiri kanan atau letak telinga pada landasan sebelum nak cross.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2024 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
takziah pada keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
hati2 di jln train
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2024 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiol syak mak tu memang nak bunuh diri bawak anak dia mati dengan dia tapi at the very last moment dia tolak anak dia sebab ubah fikiran.

Aiol tak husnuzon untuk kes ini.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 12:58 PM | Show all posts
hokeypokey replied at 20-11-2024 12:48 PM
camne bleh kena langgar? Dh dekat baru nk lintas ke??? Ish tak faham aku..

iols pun tak faham...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 21-11-2024 12:31 PM
Aiol syak mak tu memang nak bunuh diri bawak anak dia mati dengan dia tapi at the very last moment d ...

Sama dgn teori sy jgk cikgu..n dgr citer suami dia da meninggal baru je…tp selfish jgk la sbb anak dia cacat da
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 01:27 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 21-11-2024 12:31 PM
Aiol syak mak tu memang nak bunuh diri bawak anak dia mati dengan dia tapi at the very last moment d ...

oh yer...kesian nya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 21-11-2024 12:58 PM
iols pun tak faham...

forumer lain speku bunuh diri,
kalau bunuh diri baru nampak logik dan senang nk faham..
sbb keretapi kt malaysia ni bukan laju & senyap mcm bullet train pun.,
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 01:54 PM | Show all posts
Kg nenek ada rail keretapi...
Kenangan masa kecik bila balik kg cuti sekolah mainan kanak-kanak favourite ialah batu seremban so pergi je ramai-ramai kat tepi tu kutip batu yg cantik-cantik shj.
Selama hidup ni memang x ada lagi kes org kena gilis kat trek keretapi tu.Kiranya clean rekod lah.Memang org kg takkan simply naik ke area trek tu. Ikut jalan lain walau jauh sikit pusing janji selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
takziah ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 02:07 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 21-11-2024 12:31 PM
Aiol syak mak tu memang nak bunuh diri bawak anak dia mati dengan dia tapi at the very last moment d ...

baca kat tik tok...diorg lintas landasan tiap2 hari...hr kejadian..dh seberang dh landasan...tiba2 anak die lari ke arah landasan...kejar duit die RM1 terbang....mak die nampak ketapi...tolak...tu mak die meninggal.dan katanya mmg ada pun duit tu atas landasan

lbh kurang cite kt tiktok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2024 02:16 PM | Show all posts
putehh replied at 21-11-2024 02:07 PM
baca kat tik tok...diorg lintas landasan tiap2 hari...hr kejadian..dh seberang dh landasan...tiba2 ...

ya Allah...asbab utk ajal ibunya...yg kesian anaknya dah cacat...pengajaran betul utk anaknya..hilang nyawa ibu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
putehh replied at 21-11-2024 06:07 AM
baca kat tik tok...diorg lintas landasan tiap2 hari...hr kejadian..dh seberang dh landasan...tiba2 ...

Ghopanya. Bodoh punya anak. Tak pasal2 mak mati sebab kau.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 21-11-2024 05:27 AM
oh yer...kesian nya...

Tapi cerita kat tiktok lain. Cer baca post #18.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
AmandaRollins replied at 21-11-2024 05:08 AM
Sama dgn teori sy jgk cikgu..n dgr citer suami dia da meninggal baru je…tp selfish jgk la sbb ana ...

Tapi cerita kat tiktok lain. Cer baca post #18.

Ntah la yang penting benda boleh elak, tapi dah nak jadi. Huhu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.075032 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list