CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17588|Reply: 4

[Tempatan] ‘Cermin diri mengapa Sabah mundur’, Puad beritahu Isnaraissah

[Copy link]
Post time 20-11-2024 01:58 PM | Show all posts |Read mode
‘Cermin diri mengapa Sabah mundur’, Puad beritahu Isnaraissah

https://www.freemalaysiatoday.co ... ritahu-isnaraissah/

FMT Reporters
20 Nov 2024, 10:15 AM


Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis memang patut rasa geram disebabkan Sabah terus tercicir daripada pembangunan negara.

Puad Zarkashi berkata banyak projek mega di Sabah yang dilaksanakan ketika pentadbiran Najib Razak dibatal atau ditangguh PH dan Warisan selepas PRU 2018.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno meminta Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis “mencermin diri” kerana mempersoalkan pembangunan di Sabah masih tercorot berbanding negeri lain.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Puad Zarkashi, berkata banyak projek mega di Sabah yang dilaksanakan Najib Razak ketika pentadbirannya dibatalkan atau ditangguh oleh Pakatan Harapan (PH) dan Warisan selepas PRU 2018.

“Di zaman Najib, fokus diberi kepada Sabah dan Sarawak. Malangnya, apa yang Najib buat banyak dibatal atau ditangguh oleh PH 1.0 dan Warisan.

“Contohnya Lebuhraya Pan Borneo, loji penjanaan kuasa Sandakan 300MW, projek Trans-Sabah Gas Pipeline dan Empangan Hidro Kaiduan,” katanya di Facebook.

Lebuhraya Pan Borneo adalah janji manifesto Barisan Nasional (BN) pada PRU13 yang menghubungkan Sabah dan Sarawak melalui Brunei serta rangkaian jalan raya Lebuhraya Trans-Kalimantan, Indonesia.

Puad berkata, kadar pertumbuhan Sabah pada 2017 juga tinggi, iaitu 8.2% berbanding 5.9% bagi Malaysia.

“Kekecewaan MP Kota Belud kerana pembangunan Sabah tercorot amat wajar. Dia memang patut rasa geram. Tetapi, kena cermin diri sendiri,” katanya.

Kelmarin, Isnaraissah dari Warisan meluahkan kekecewaanya apabila Sabah terus tercicir daripada pembangunan negara.

Beliau berkata, data kerajaan menunjukkan semua daerah di Sabah berada di kedudukan tercorot berbanding kawasan lain.

Katanya, kelewatan pembangunan di Sabah bukan saja melibatkan agensi kerajaan negeri, tetapi juga projek dikendalikan kerajaan pusat.

“Sebagai orang Sabah saya geram. Paling rendah sehinggakan program dan projek di negeri pun masih di bawah, hanya dibelanjakan 46% daripada RM6.7 bilion,” katanya di Dewan Rakyat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2024 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Idup lagik Puad ni.

Zaman dia jadik Timbalan Muntri Pelajaran dulu, Sabah banyak masalah sebab dia. JPN masa tu tak ngam dengan dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
#SawakMemangRacist
               
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 08:01 AM | Show all posts
pakcik bawang ni better drp sekor isu KK mart tu asal melaka tuu
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 09:12 AM | Show all posts
firstime aku g tawau,kudat,lahat datu, terkejut jgk aku,ingtkan mundur sgt rupenye ok la pekan diorg,sepanjang jalan ada line hp cuma xde highway je,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.063541 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list