View: 35357|Reply: 10
|
[Tempatan]
Dikejar polis dari Muar sampai ke Kuala Lumpur
[Copy link]
|
|
Dikejar polis dari Muar sampai ke Kuala Lumpur
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pai-ke-kuala-lumpur
Alias Abd Rani
[email protected]
Disiarkan pada: November 20, 2024 @ 4:54pm
GAMBAR hiasan
Muar: Polis memburu pemandu sebuah sebuah pacuan empat roda (4WD) Toyota Hilux berwarna hitam yang menghilangkan diri selepas dikejar polis sejauh 180 kilometer, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata, insiden itu berlaku pada 2.30 pagi apabila pemandu 4WD terbabit melanggar lampu isyarat merah di Jalan Bakri, di sini.
Beliau berkata, Secara kebetulan, sebuah kereta peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar terserempak kenderaan terbabit lalu memintanya berhenti untuk pemeriksaan.
Bagaimanapun katanya, suspek terus memecut kenderaannya dan melarikan diri.
Beliau berkata, pasukan peronda terus mengejar kenderaan dipandu suspek dengan bantuan Polis Kontinjen Melaka serta Bukit Aman dan Balai Polis Trafik Kuala Lumpur sehingga ke Jalan Chan Sow Lin.
"Namun, suspek meloloskan diri apabila kenderaan dipandunya 'memanjat' tebing yang tidak boleh dilalui kenderaan polis sebelum memnadu melawan arus.
"Suspek kemudian menghilangkan diri. Usaha mengesan pemandu dan 4WD terbabit masih giat dijalankan," katanya dalam kenyataannya, hari ini.
Justeru, beliau meminta orang ramai mempunyai maklumat mengenai kenderaan dan suspek diminta menghubungi balai polis berhampiran.
Katanya, polis membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gigihnya kejar smpai 180km.
Ko polis tak ambik je nombor plat pehtu cek sapa punya keta tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Or tembak je macam kes aruah Aminul Rashid tu?
Tapi pastikan kena tayar la kan. Bukan orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah mana plat number nk suh org ramai ada info? |
|
|
|
|
|
|
|
gagal total
tak reti nak roger |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak roger polis lain sekat kt depan belakang kiri kanan, sesia kejar 180km hujung2 bolos.. ingat main game ke.. gamer pun lagi bijak dr polis |
|
|
|
|
|
|
|
artikel buka pekung ke ape ni |
|
|
|
|
|
|
|
pelik je kan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|