CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31063|Reply: 11

[Tempatan] Malaysia bakal jadi UAE? Semenanjung Malaysia semakin kehabisan sumber minyak, gas

[Copy link]
Post time 20-11-2024 10:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 21-11-2024 02:14 AM

KOTA BHARU - Sumber minyak dan gas di semenanjung negara ketika ini semakin berkurangan kira-kira 50 peratus.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, sumber tersebut sebelum ini memberi kelebihan kepada pertumbuhan ekonomi negara dan agihan pendapatan bagaimanapun sumber kini hanya ada di Sabah serta Sarawak.

“Di sebelah semenanjung, kita memang semakin kehabisan minyak dan gas, lima hingga 10 tahun lepas, jumlah pengeluaran minyak kita ialah sebanyak 700,000 tong sehari, sekarang dalam 350,000 tong sehari.

“Dalam tempoh 10 tahun dah berkurang separuh dan akan kurang dengan lebih cepat,” kata beliau semasa berucap pada Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) Kementerian Ekonomi bersama Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Darulnaim di sini pada Ahad.

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan barisan kepimpinan kerajaan Kelantan.

Rafizi mengulas, sumber yang masih di Sabah dan Sarawak itu pula digunakan bagi memenuhi tuntutan dan penggunaannya di kedua-dua negeri itu.

“Ada juga usaha untuk dipertimbangkan kembali cara penagihan pendapatan sumber Sabah dan Sarawak ini.

“Selain memenuhi tuntutan Sabah dan Sarawak, sumber ini sebahagian besar memang dieksport dan diikat dengan perjanjian jangka panjang oleh pembeli-pembeli,” katanya.

Rafizi memberitahu, kekurangan sumber minyak dan gas di semenanjung tersebut menjadi cabaran yang lebih besar kepada kerajaan dalam soal mengagihkan dan menentukan peruntukan ke negeri-negeri.

“Walaupun Malaysia baik dari segi pertumbuhan ekonomi, gaya hidup berubah, dulu naik motosikal ke kereta, tetapi gaji tak naik, perniagaan tak besar akhirnya perbelanjaan lebih besar daripada pendapatan yang ada.

Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2024 11:19 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya gunakan hasil Petroleum tu untuk bangunkan teknologi solar, algae untuk gas hidrogen, dan tenaga boleh diperbaharui yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 01:25 PM | Show all posts
Rakyat Malaysia X perlulah takut dan cemas jika suatu hari nanti minyak bumi habis di negara anda karena sumber melimpah yang masih ada di negara anda adalah keberaaan bangsa melayu mahawangsa sang penguasa alam melayu dan alam semesta yang terkenal sangat pintar dan paling produktive di seluruh dunia ...

Jadi jika minyak habis ... masa depan Malaysia tetaplah cerah, makmur dan kaya raya .. sedangkan bangsa arab akapan merudum jatuh menjadi bangsa miskin...

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 02:13 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 20-11-2024 03:06 PM
Sepatutnya gunakan hasil Petroleum tu untuk bangunkan teknologi solar, algae untuk gas hidrogen, dan ...

tu sebab China datang ke kita. kalau berlaku perang. China nakkan sarawak tu je.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Selame ini pon rakyat tak merase mana sangat keuntungan tu elok la kering pon..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2024 10:37 AM | Show all posts
bukan lagi tanah diberkati? atau tanah dijanjikan akhir zaman ?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 10:38 AM | Show all posts
kita ada banyak hasil lagi menurut panglima melayu setelah berhubung secara remote dgn pewaris sah Raja..hara tika masih ada lagi 100 juta billion lg tersembunyi dalam tanah barakat ini utk mendiri kan kerajaan imamul mekdi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2024 10:50 AM | Show all posts
itu hanyalah sebuah pandangan atau bermakna dia nak bagi hint dia nak naikkan harga gas.
Memang secara dasar setiap apa yang kita korek, lama lama akan kehabisan apatah lagi kalau nak dibandingan semenanjung ni tidak lah sebesar borneo dan sudah tentu semenanjung mempunyai bilangan gas yang kecil. Namun 'petronas" tak akan berdiam apabila gas menyusut dia akan mengupah pihak drilling mencari gali selagi boleh. Insya Allah kita tak perlu bimbang untuk tempoh akan mendatang kerana kita masih mempunyai gas yang mencukupi untuk menampung hidup kita yang hanya berbaki beberapa hari lagi ( hanya Allah yang tahu)
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tazzabar nak jemput Jennifer Lopez gelek-gelek punggung
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Dani rox,belibes,ayu pingyu,chazey,dino.....tersenyum sinis....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 04:24 PM | Show all posts
Upgrade la infrastruktur perkhidmatan awam supaya dapat meliputi segenap kawasan kampung2 dan kediaman seluruh negeri. Macam yang bossku buat dalam penggal dia  Takde la orang bergantung pada kenderaan persendirian untuk ke sana sini yang akan guna banyak petrol.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.909922 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list