CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8234|Reply: 0

[Sarawak] PDA 1974 perlu dinilai semula

[Copy link]
Post time 21-11-2024 01:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 21-11-2024 05:35 AM

Sarawak, PETRONAS juga perlu jalin perkongsian hasil, pembangunan yang menguntungkan kedua-dua pihak



MIRI: Kerajaan Sarawak dan syarikat minyak negara PETRONAS perlu melakukan usaha sama strategik dengan menjalin perkongsian hasil dan pembangunan bersama yang memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak, sekali gus menyelesaikan pertikaian isu berkaitan.

Pemerhati Politik Sarawak Dato Wan Zain Syed Mohdzar (gambar) mencadangkan, selain usaha sama strategik kedua-dua kerajaan pusat dan Sarawak perlu menilai semula Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 agar ia lebih inklusif dengan mengambil kira kepentingan negeri seperti Sarawak.

Katanya, rakyat harus memahami bahawa Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 memberikan hak eksklusif kepada PETRONAS untuk mengawal sumber minyak dan gas di seluruh Malaysia.

"Namun Sarawak berpegang kepada Ordinan Perlombongan Minyak Sarawak (OMO) 1958, yang memberikan negeri ini kuasa untuk menguruskan hasil bumi mereka sendiri.

"Ordinan ini tidak pernah dibatalkan dan kekal sebagai instrumen perundangan yang sah.

"Persoalannya, adakah Sarawak tidak berhak mempertahankan sumber semula jadi mereka?

"Jawapan saya jelas... Sarawak berhak."

"Ini adalah soal autonomi negeri yang telah termaktub dalam perjanjian pembentukan Malaysia dan juga isu keadilan ekonomi untuk rakyat Sarawak," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Oleh itu menurut Wan Zain, usaha kerajaan negeri memperkenalkan rang undang-undang baharu yang mewajibkan peneroka minyak dan gas mendapatkan lesen daripada negeri adalah satu langkah tepat.

"Saya juga mencadangkan diwujudkan platform tetap antara kerajaan persekutuan dan Kerajaan Sarawak untuk mencari penyelesaian berasaskan dialog dan rundingan.

"Cadangan saya seterusnya ialah menubuhkan badan khas yang terdiri daripada wakil negeri dan persekutuan untuk mengurus penerokaan minyak dan gas secara lebih adil dan telus," katanya.

"Saya percaya pendekatan ini akan memperkukuh ekonomi Sarawak dan pada masa yang sama, mengekalkan PETRONAS sebagai peneraju industri minyak dan gas negara.

"Kedaulatan negeri bukanlah soal perpecahan tetapi peluang untuk maju bersama," tambah beliau.

Wan Zain optimis jika rang undang-undang baharu ini dilaksanakan, ia akan membuka ruang lebih besar kepada pemain industri tempatan untuk menyumbang secara langsung kepada pembangunan sektor minyak dan gas di Sarawak.

Namun begitu katanya, Sarawak tidak boleh mengabaikan peranan PETRONAS sebagai pemain utama dalam industri minyak dan gas di negeri ini.

"PETRONAS bukan sahaja penyumbang utama kepada ekonomi negara, malah ia adalah simbol kebanggaan Malaysia di peringkat global.

"Oleh itu, apa yang diperlukan sekarang ialah penyelesaian menang-menang yang dapat menjaga hak Sarawak tanpa menjejaskan kekuatan dan peranan strategik PETRONAS," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.034827 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list