CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6203|Reply: 4

Guru Bahasa Arab dapat RM1 juta menang cabutan BSN SSP yang ke-105

[Copy link]
Post time 21-11-2024 07:09 PM | Show all posts |Read mode





Shah Alam : Guru Bahasa Arab memperoleh 'durian runtuh' apabila diumumkan sebagai pemenang Cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) yang ke-105.


Guru Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana, Mohd Azraien Rajab, 47 berkata beliau tidak menyangka memenangi RM1 juta hasil usahanya menyimpan secara konsisten dalam BSN SSP sejak tahun 2008.


Katanya, dia tidak pernah memenangi apa-apa hadiah cabutan sepanjang 16 tahun menyimpan dalam BSN SSP sebelum dipilih sebagai pemenang bagi Oktober.


"Ketika cabutan bagi Oktober dibuat, saya dalam perjalanan pulang ke Shah Alam dari kampung di Bachok, Kelantan.


"Saya dihubungi seorang rakan yang memaklumkan saya memenangi RM1 juta menerusi kempen BSN SSP.


"ada awalnya saya tidak percaya sehingga dia menghantar pautan pengumuman Facebook Live berkenaan yang kemudian dilihat isteri serta anak-anak saya.


"Alhamdulillah, ternyata ini adalah rezeki yang tidak disangka-sangka kerana saya tidak pernah memenangi walaupun hadiah saguhati," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat BSN Selangor, hari ini.


Mohd Azrien berkata, dia membuat tabungan dalam BSN SSP selepas melihat iklan kempen itu selain turut dimaklumkan oleh kakitangan bank mengenainya.


"Malah, setiap bulan saya akan menambah tabungan RM50.


"Gaji saya juga masuk menerusi BSN jadi saya rasa mudah untuk menambah simpanan apabila saya rasa perlu," katanya.


Ditanya apakah perancangan selepas memperoleh wang itu, Mohd Azrien berkata rezeki yang diperoleh itu ada bahagian orang lain, jadi dia akan utamakan zakat, sedekah serta infaq.


"erancangan saya, disamping rezeki kita, ada juga rezeki orang lain. Selepas selesai bahagian sedekah, zakat itu, saya akan simpan untuk laksanakan ibadah haji.


"Saya juga merancang untuk mengadakan kenduri kesyukuran di kampung halaman pada Februari depan supaya hadiah ini juga dapat dinikmati orang lain.


"Saya juga merancang untuk membawa isteri dan anak-anak berjalan sebagai 'reward'," katanya.


Dalam pada itu, BSN memaklumkan 3.83 juta penyimpan dalam BSN SSP dengan jumlah simpanan RM5.46 bilion.


Di Selangor, jumlah penyimpan adalah seramai 407,318 orang dengan jumlah RM651 juta.






Sumber : – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2024 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Cabutan bln 11 ni khas utk guru kan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Jom mengaku sanak saudara
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau cukai pendapatan, 1 juta kena tolak 28%.. kalu menang hadiah gini @ dpt tuntutan insurans, kena tolak cukai juga tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.059361 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list