CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47580|Reply: 5

[Tempatan] 'Apa mereka dapat?' – PAS, MUDA bimbang kerajaan Anwar Ibrahim dalam pengaruh syarikat swasta taja lawatan 5 negara

[Copy link]
Post time 22-11-2024 06:44 PM | Show all posts |Read mode
'Apa mereka dapat?' – PAS, Muda bimbang kerajaan Anwar dalam pengaruh syarikat swasta taja lawatan 5 negara

https://www.malaysianow.com/my/n ... ja-lawatan-5-negara

MalaysiaNow
November 21, 2024 8:21 malam


Anwar Ibrahim bersama anak sulungnya Nurul Izzah bersantai di tepi pantai ketika di Rio de Janeiro, Brazil, antara lima negara yang dilawatinya bulan ini.

Kerajaan diminta membutirkan semua syarikat yang terlibat selepas pengakuan PM mencetuskan isu ketelusan.

Pengakuan Anwar Ibrahim hari ini bahawa beberapa syarikat swasta telah membayar sebahagian besar kos lawatan beliau ke lima buah negara baru-baru ini mengundang persoalan mengenai konflik kepentingan dan ketelusan, di mana perhatian turut tertumpu kepada kehadiran anak sulungnya Nurul Izzah Anwar yang dilihat aktif dalam rombongan perdana menteri itu.

Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden melahirkan kebimbangan mengenai ketelusan susulan pendedahan itu, dan menggesa kerajaan menamakan senarai semua syarikat yang terlibat, di samping jumlah kos sebenar sepanjang tempoh lawatan rasmi itu.

Katanya, keputusan syarikat swasta menaja lawatan yang turut disertai pimpinan tertinggi kerajaan sudah tentu dibuat dengan harapan mendapatkan pulangan, memandangkan Anwar berkata syarikat-syarikat yang terlibat ada kaitan dengan lawatan tersebut.

"Jadi sudah tentulah syarikat ini mendapat pulangan. Takkanlah satu-satu syarikat itu mengeluarkan jumlah wang yang besar tanpa mendapat apa-apa pulangan perniagaan kepada syarikat dia?" kata Afnan, yang juga ahli Parlimen Alor Setar, dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Anwar yang kerap melakukan lawatan luar negara sejak mengambil alih kuasa dua tahun lalu, memberitahu Dewan Rakyat bahawa 75% perbelanjaan perjalanan rombongan rasminya ke lima negara baru-baru ini ditanggung oleh syarikat swasta yang mempunyai kepentingan perniagaan dan pelaburan di negara yang dilawati.

Lima negara itu ialah China, Mesir, Arab Saudi, Peru dan Brazil.

Anwar menyifatkan pembiayaan swasta itu "cara lain" di bawah pentadbirannya mengurangkan kos kerajaan, melibatkan beberapa syarikat seperti Yinson, Sapura Energy dan sebuah syarikat semikonduktor yang tidak disebut namanya, di samping Petronas dan Proton.

"Saya lihat kos perjalanan selalunya agak tinggi, jadi kali ini apa yang kita lakukan adalah dengan kerjasama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Mereka bayar tambang dan kos," kata Anwar.

Sebelum lawatan terbaru ini, Anwar melakukan 39 lawatan luar negara yang memakan belanja RM13.7 juta, menurut jawapan bertulis di Dewan Rakyat baru-baru ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zaliha Mustafa.

Pengaruh korporat

Sementara itu, parti Muda berkata perkembangan itu menimbulkan persoalan penting mengenai "kemungkinan pengaruh korporat terhadap keputusan kerajaan".

"Adakah terdapat sebarang faedah atau kelebihan kepada syarikat-syarikat ini selain daripada penajaan semata-mata?

"Terdapat kebimbangan yang semakin meningkat bahawa bergantung kepada syarikat
swasta untuk membiayai lawatan negara boleh mewujudkan kumpulan sekutu korporat yang kuat, yang berpotensi membawa kepada kronisme dan mendedahkan ketelusan kerajaan," kata Muda dalam kenyataan.

Afnan berkata kerajaan perlu membutirkan bilangan pegawai kerajaan dan kakitangan syarikat swasta yang terlibat, dan sama ada mereka juga ditanggung syarikat tersebut.

Afnan berharap kerajaan dapat memberi butiran sebelum persidangan Dewan Rakyat tamat bulan depan.

Beliau turut bertanya sama ada kos perjalanan anak perdana menteri, Nurul Izzah, juga ditanggung syarikat berkenaan sepanjang urusan rasmi itu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2024 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
No no no
Pmx tade salahhhh
Apa sahaja tindakan pmx adalan untok kesejahteraan msia
Yg penting billionz investor masuk
Chuol apa tahuuu
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Nuart is no angel.
Told ya since long time ago.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangnon kalau politician lain buat..semua dikira rasuah..tang dia??
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Umah yg dia duduk pon org taja gak ..so diri sdiri yg korup, walanon kate takpee..nuart lancoooo
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la tolong Sapura Energy sedih betul tengok.

Takkan la kerajaan nak suntik modal pulak.

Tolong cara ni pun dah okey.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.038808 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list