CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5655|Reply: 0

[Pulau Pinang] 233 kawasan 'hotspot' banjir di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 28-11-2024 01:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 28-11-2024 01:13 PM

233 kawasan 'hotspot' banjir di Pulau Pinang



MOHD ISKANDAR OTHMAN
28 November 2024 12:09pm




Zairil




GEORGE TOWN - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengenal pasti sebanyak 233 kawasan banjir di Pulau Pinang.


Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari berkata, daripada jumlah tersebut, 124 kawasan dikenal pasti sebagai hotspot banjir, manakala 109 kawasan lagi diklasifikasikan sebagai kawasan berisiko banjir.


Menurutnya, mengikut data terkini daripada setakat Mac 2024, Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) mempunyai kawasan banjir tertinggi iaitu sebanyak 90 kawasan diikuti kawasan Seberang Perai Utara (SPU) (70) dan kawasan Daerah Barat Daya (27).

"Sebanyak 21 kawasan dikenal pasti sebagai kawasan banjir di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) manakala 25 kawasan dalam daerah Timur Laut.

"JPS juga mengenal pasti 124 kawasan hotspot banjir dan 109 risiko banjir di seluruh negeri ini,"katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, pada Khamis.

Zairil (PH-Tanjung Bunga) berkata demikian bagi menjawab soalan Lee Boon Heng (PH-Kebun Bunga) yang meminta senarai kawasan banjir kilat berisiko sederhana dan tinggi di Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, Zairil berkata, menurut sumber JPS, kawasan banjir terbahagi kepada dua iaitu kawasan hotspot banjir yang kawasan yang pernah berlaku banjir melebihi dua kali dalam tempoh setahun.

Manakala kawasan berisiko banjir merujuk kepada kawasan yang berpotensi terdedah kepada banjir akibat faktor geografi, taburan hujan, sistem saliran yang kurang baik, perubahan iklim, atau pembangunan.


"Kerajaan Negeri melalui JPS Pulau Pinang sentiasa berusaha mengurangkan risiko banjir melalui pelaksanaan projek tebatan banjir berskala kecil di bawah peruntukan pembangunan negeri dan mengurus.


"Kajian rekabentuk terperinci dan pelaksanaan projek tebatan banjir berskala sederhana di bawah peruntukan caruman saliran negeri selain melaksanakan projek-projek tebatan banjir berimpak tinggi (High Impact Project) dengan kos sebanyak RM150 juta pada tahun 2017,"katanya.


Beliau berkata, projek-projek tebatan banjir ini dilaksanakan berasaskan rekod kawasan banjir serta hasil kajian rekabentuk terperinci sebagai langkah mitigasi untuk menangani isu berkenaan.


https://www.sinarharian.com.my/article/699165/edisi/utara/233-kawasan-hotspot-banjir-di-pulau-pinang



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.121621 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list