CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 65294|Reply: 0

[Kedah] Jangan redah arus deras - Bomba

[Copy link]
Post time 29-11-2024 05:41 PM | Show all posts |Read mode
Jangan redah arus deras - Bomba

Zuliaty Zulkiffli[email protected]



Pengarah JBPM Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Awang Hidzel Awang Bujang (tengah). FOTO Zuliaty Zulkiffli




Kuala Nerang: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menasihatkan orang ramai supaya tidak meredah air apabila mendapati kawasan itu dinaiki air kerana ia boleh membahayakan keselamatan.

Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba, Awang Hidzel Awang Bujang berkata, tindakan itu boleh mengakibatkan kejadian tidak diingini berlaku yang boleh menyebabkan mangsa dihanyutkan arus deras.

Beliau berkata, orang ramai perlu jadikan iktibar kejadian dua beranak yang meninggal dunia akibat lemas ketika meredah air sewaktu arus deras di Kampung Tanjung Kiri, September lalu.

"Kita tidak mahu tragedi itu berulang sedangkan mereka sudah diberi amaran supaya jangan meredah arus deras.

"Ibu bapa juga perlu mengawasi anak masing-masing supaya tidak membiarkan mereka bermain air di kawasan banjir bagi mengurangkan risiko lemas berlaku," katanya ketika ditemui sewaktu melakukan pemantauan banjir di Kampung Tanjung, di sini, hari ini.

Menurutnya, penduduk yang terjejas banjir perlu patuhi arahan pihak berkuasa supaya berpindah dengan segera ketika rumah mereka dinaiki air.

Beliau berkata, jangan menunggu sehingga waktu malam untuk berpindah kerana ketika itu banyak cabaran perlu ditempuhi terutama anggota bomba kerana cuaca gelap selain faktor lain.

Media semalam melaporkan, seorang penunggang motosikal berjaya diselamatkan orang ramai dari dihanyutkan arus deras ketika cuba meredah kawasan banjir di Kampung Manggol, Malau di Jitra.

Orang ramai berjaya menarik tangan lelaki itu yang hampir lemas ketika arus deras walaupun sebelum itu dia sudah dilarang meneruskan perjalanan kerana bahaya.

Dalam pada itu, Awang Hidzel menasihatkan orang ramai yang berkunjung ke kawasan peranginan di negeri ini terutama di lokasi 'hot spot' kepala air dan banjir diminta peka dengan keadaan cuaca.

Beliau berkata, kawasan sungai dan air terjun dijangka menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah sempena cuti hujung minggu ini.

"Pengunjung perlu peka dengan tanda-tanda kepala air seperti air bertukar keruh dan mengalir laju dengan disertai ranting kayu serta daun kering, deruan air deras dari atas gunung atau bukit, awan bertukar gelap di gunung atau bukit, air sungai berbuih dan gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti besar.

"Pada waktu ini, jangan sekali-kali merancang pergi ke tempat peranginan atau riadah kerana mungkin berlakunya kepala air yang kita tak boleh jangka.

"Sebanyak 39 'hotspot' kepala air di Kedah antaranya Lata Celak, Iboi, Lata Bayu, Kuala Kedua, Lata Bukit Hijau, Teratak Simpul, Air Panas Ulu Legong dan Lubuk Badak di Baling serta Titi Hayun, Air Terjun Seri Perigi, Air Terjun Batu Hampar, Taman Rekreasi Sungai Badak, Sungai Bukit Kuari dan Kem Rekreasi Puteri Mandi di Yan," katanya.



Disiarkan pada: November 29, 2024 @ 2:21pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1160513/jangan-redah-arus-deras-bomba




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.049106 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list