CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 71601|Reply: 0

[Kedah] Banjir surut, laluan Kilometer 26.1 Lebuhraya Jitra dibuka semula

[Copy link]
Post time 30-11-2024 03:56 AM | Show all posts |Read mode
Banjir surut, laluan Kilometer 26.1 Lebuhraya Jitra dibuka semula

Oleh Zuliaty Zulkiffli - November 30, 2024 @ 1:06am[email protected]




Laluan arah selatan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Kilometer 26.1 berhampiran Jitra yang ditutup kepada lalu lintas semalam disebabkan Kilometer 28.3 lebuh raya itu dinaiki air kini sudah dibuka semula. - Foto PDRM




JITRA: Laluan lorong arah selatan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Kilometer 26.1 berhampiran Jitra yang ditutup kepada lalu lintas semalam disebabkan Kilometer 28.3 lebuh raya itu dinaiki air kini sudah dibuka semula.

Bagaimanapun, hanya satu lorong kanan dibuka kepada semua jenis kenderaan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, hasil pemantauan terkini pihaknya mendapati paras air semakin surut dan kerja-kerja pembersihan jalan sudah dilakukan oleh pihak PLUS.

Beliau berkata, sehubungan itu polis menasihati semua pengguna lebuh raya supaya merancang kesulitan dan kesesakan lalu lintas.

"Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian hot line Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di talian 04-9172222," katanya ketika dihubungi hari ini.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/11/1330654/banjir-surut-laluan-kilometer-261-lebuhraya-jitra-dibuka-semula





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.040395 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list