CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12138|Reply: 27

[Tempatan] Sudah 2 hari lembu berendam dalam air'

[Copy link]
Post time 2-12-2024 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
'Sudah 2 hari lembu berendam dalam air'

Syaherah Mustafa

[email protected]


Keadaan sebahagian kawasan kandang lembu milik Muhammad Nasaruddin yang dinaiki air sejak kelmarin.



FOTO Ihsan Muhammad Nasaruddin
Keadaan sebahagian kawasan kandang lembu milik Muhammad Nasaruddin yang dinaiki air sejak kelmarin. FOTO Ihsan Muhammad Nasaruddin

Pasir Mas: Bimbang dengan nasib lebih 100 lembu selepas kandang dinaiki air separas 0.8 meter sejak kelmarin, Muhammad Nasaruddin Mohd Nor, 31, sanggup tidur di dalam kereta di Kampung Lubok Jong, di sini.


Katanya, sudah dua malam dia bersama dua pekerja bermalam di dalam kereta yang diparkir di tepi jalan yang mana jaraknya satu kilometer dari kandang .


"Saya akan meredah air setiap pagi untuk memberi kesemua lembu makan dan berada di pondok berdekatan untuk berlindung sebelum kembali ke kereta pada sebelah petang.

"Sebelum ini air hanya naik separas 0.2 atau 0.3 meter (m) jika bah melanda, namun kali ini paras air sangat tinggi sehingga ada lembu yang terpaksa dialihkan ke bahagian kandang yang tinggi supaya tidak lemas.


"Sudah dua hari lembu ini berendam di dalam air, saya bimbang ada yang mati kerana kesejukan akibat terlalu lama di air," katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhammad Nasaruddin berkata, setakat ini tiada yang mati tetapi sudah ada lembu yang dilihat sakit, jadi dia berharap semoga banjir segera pulih.

"Kandang saya mula dilanda banjir sejak tahun lepas, sebelum ini ia bebas daripada air setiap kali musim tengkujuh tiba. Saya pada awalnya menyangka air akan naik sama seperti tahun lepas, namun jangkaan meleset apabila ia mencecah paras dada.

"Hari ini air semakin surut tetapi masih lagi pada paras yang tinggi. Selepas ini saya akan lebih peka dengan memindahkan semua ternakan lebih awal jika musim tengkujuh tiba," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2024 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Selepas ini saya akan lebih peka dengan memindahkan semua ternakan lebih awal jika musim tengkujuh tiba,..

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 02:05 PM | Show all posts
yaampun kesiannyaa
binatang pun makhluk bernyawa ye
dah pernah kena banjir bnyak kaliiiii patutnya ko bersedia la anjirr
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
ini lah yg menakutkn kalo ayam itik kambing pun boleh lagi dipikul.. ni lembu. seratus ekor pulak tu.. jgn ler menyeksa haiwan.
patut dh bersedia
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ternakan uols @B40tastePosh terkesan ke dengan banjir baru2 ni?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
dia baru pestaim banjir ye?
ko bang kalau ada bela bnda bernyawa cuba a alert dan bersiap siaga aw..siann..lembu pun ada perasaan bkn kucing anjing je..
kalau kucing tu blh lg nk kelek dk dlm beg..lembu ni nk slmt pun ssh..ownernya kena buat kandang tinggi mcm kandang kambeng yg tol sham tnjk..i pernah tgk..elokk

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2024 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
ni kalau nak dipindahkan pun mana nak letak? dah la byk tmpt naik air.
siannya lembu2 ni...semoga semua sihat2 saje.
hrp keadaan cepat kembali seperti sediakala
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 02:41 PM | Show all posts
Kalau tak mati kena banjir pun mati kena sembelih. Tak tau yang mana lagi kesian. Nasib ko lah lembu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2024 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerbau blh survive sbb dia haiwan semi aquatic. Lembu ni blh jgk berenang tpi x sekuat kerbau. Tgk kekuatan lembu tu dan arus je. Tapi yg kecik2 tu xtaulah. Ada vdeo kat YouTube lmbu berenang selamatkan diri ramai2 dgr owner dia jerit.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 04:12 PM | Show all posts
air naik deras sangat. tak sempat nak alihkan ke kawasan yang selamat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2024 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Freezies replied at 2-12-2024 02:20 PM
Ternakan uols @B40tastePosh terkesan ke dengan banjir baru2 ni?


Tade pun....tak banjir kat sini...cuma kandang lecah...French drain banyak membantu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 04:27 PM | Show all posts
jual terus ke area barat atau selatan, dari mati tenggelam membazir
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
adoi lagi sakit dada tgk binatang2 terbiar berhari begini
kesian betapa dia sejuk, letih, tak dpt duduk, baring, tido berdiri
yg tuan aman2 minum kopi kat pps
kan dah byk kali kabo taun ni dia membadai luarbiasa
kau takleh brain ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2024 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 2-12-2024 04:27 PM
jual terus ke area barat atau selatan, dari mati tenggelam membazir


Saya tengah nak cari anak lembu jantan 4 ekor, Selangor.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2024 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih kot, sebab Kelantan ni antara main supply baka lembu sama ada dari Kelantan atau Thailand ke...Selangor.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 05:27 PM | Show all posts
bottombikini replied at 2-12-2024 04:44 PM
adoi lagi sakit dada tgk binatang2 terbiar berhari begini
kesian betapa dia sejuk, letih, tak dpt du ...

Penternah ni kata: "Sebelum ini air hanya naik separas 0.2 atau 0.3 meter (m) jika bah melanda"

Maksudnya, penternak tidak sangka banjir kali ini jauh lebih teruk daripada banjir pada tahun sebelumnya.

Memang betul. Kerajaan ada buat pengumuman bahawa banjir kali ini dijangka lebih teruk daripada banjir besar yang berlaku pada 2014.

Tetapi gambaran yang diberikan oleh kerajaan sekadar: "Lebih teruk".

Kerajaan tidak memberi prediction yang lebih tepat ... "lebih teruk" tu macam mana keadaan teruknya?

Kalau maklumat yang sama diberi kepada orang di Kuala Lumpur, Putrajaya atau Petaling Jaya ... adakah rakyat di kawasan ini akan bertindak dengan sekadar maklumat "lebih teruk"?

Kerajaan tidak ada buat pengumuman:

1) Berapa banyak hujan dijangka turun?

2) Berapa lama hujan dijangka turun?

3) Berapa tinggi air sungai akan naik?

4) Di mana kawasan-kawasan yang dijangka ditinggelami air?

5) Di mana kawasan-kawasan yang perlu dikosongkan?

Tanpa maklumat tepat seperti ini, bagaimana berjuta-juta rakyat boleh buat keputusan? Tambahan lagi apabila rakyat itu mempunyai banyak cabaran untuk berpindah.

Contohnya, mempunyai individu yang bed-ridden. Atau, penternak yang perlu menyelamatkan beratus-ratus ekor ternakan.

Kebanyakkan rakyat yang berpindah bukannya berpindah kerana mereka membuat persiapan awal. Mereka berpindah setelah air mula memenuhi kawasan sekitar rumah.

Memindahkan ibu-bapa yang sihat serta dua orang anak sihat adalah tugas yang mudah. Tetapi untuk penternak memindahkan 100 ekor lembu, ini bukan suatu tugas yang mudah. Apatah lagi dalam keadaan di mana setiap ceruk tanah di Kelantan dilanda banjir.

Jadi penternak seperti ini memerlukan maklumat yang lebih tepat daripada kerajaan. Baru mereka boleh buat informed-decision based on the severity of the situation.

Mungkin pada masa hadapan, Jabatan Veterinar atau apa-apa jabatan berkaitan haiwan perlu bekerjasama dengan MetMalaysia dan NADMA untuk mengenal-pasti keperluan untuk memindahkan haiwan ternakan sebelum sesuatu kawasan dilandar banjir buruk.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2024 05:34 PM | Show all posts
Cpkay replied at 2-12-2024 04:12 PM
air naik deras sangat. tak sempat nak alihkan ke kawasan yang selamat.

Betul. Kalau tengok graf ketinggian air sungai, kita boleh nampak ketinggian air sungai naik mendadak dalam tempoh 6 jam. Hinggakan dalam tempoh 6 jam kenaikan air sungai, graf tersebut berubah menjadi seperti exponential graph.

Exponential graph merujuk kepada perubahan besar yang berlaku dalam tempoh yang singkat.

Tapi memang scary la masalah kenaikan air sungai yang mendadak. Ia berlaku dengan tiba-tiba tetapi dengan intensity yang tinggi. Sama macam gempa bumi, tsunami, puting beliung dan kejadian kepala air di air terjun / sungai.

Dengan masalah climate change yang semakin meruncing, masalah banjir dijangka akan berlaku dengan lebih teruk dari tahun ke tahun yang akan datang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut bela unta jah  sebab leher panjang, takpun bela zirafah jah, senang nak sembelih, zirafah susah nak mati lemas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2024 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 2-12-2024 06:14 PM
Patut bela unta jah  sebab leher panjang, takpun bela zirafah jah, senang nak sembelih, zirafah susa ...

Kenapa tak bela badak je sis
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 2-12-2024 08:19 PM

Lembu pakai terompah tinggi la or senang cerita kasi lantai dinaikkan 1 meter dari ground

https://www.amazon.com/Cozivwaiy-Chunky-Platform-Sandals-Printed/dp/B0BWQ3YGQ8#
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.505115 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list