CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4214|Reply: 0

[Sarawak] Kembangkan sektor pelancongan, hospitaliti di Bau

[Copy link]
Post time 2-12-2024 01:41 PM | Show all posts |Read mode
Mas Gading yang terletak dalam daerah Bau, Lundu merupakan kawasan yang penuh dengan keindahan, tarikan



Friday memukul gong sebagai simbolik pembukaan Karnival Belia Bau 2024. Turut kelihatan Kapten Joseph (tengah).

BAU: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berharap sektor pelancongan dan hospitaliti akan dikembangkan di Bau untuk meningkatkan taraf industri pelancongan tempatan di daerah ini.

Menurut Tiong, kawasan Mas Gading yang terletak dalam daerah Bau dan Lundu merupakan sebuah kawasan yang penuh dengan keindahan dan tarikan.

Antaranya Tasik Biru, Gua Pari dan Serembu Eco Park yang bukan sahaja mampu memikat para pelancongan untuk datang malah turut mencerminkan budaya dan warisan semula jadi di kawasan ini.

“Justeru sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, saya amat berharap kepakaran dalam sektor pelancongan dan hospitaliti ini akan kembali ke Bau.

“Saya juga yakin kerajaan akan sentiasa berusaha melakukan pelbagai inisiatif bagi memastikan sektor pelancongan dapat terus menjadi penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya sempena Majlis Pembukaan Karnival Belia Bau 2024 yang berlangsung di Pusat REDEEMS, Singai di sini malam tadi.

Teks ucapan Tiong disampaikan oleh wakilnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian Friday Belik.

Bercakap mengenai karnival tersebut, Tiong berkata karnival yang berlangsung selama tiga hari bermula 29 November lalu adalah platform kepada belia untuk menonjolkan bakat mereka dalam sukan bola sepak, ratu cantik dan nyanyian.

Karnival julung kalinya anjuaran Kelab Rekreasi Mas Moyan Kuching ini bertujuan menyemarakkan semangat perpaduan, budaya, kreativiti dan mengasah bakat belia melalui program-program yang dianjurkan.

Bukan itu sahaja, karnival ini juga katanya dilihat mampu mempromosikan daerah Bau kepada pelancong tempatan dan luar negara.

Sementara itu pengerusi penganjur, Kapten Joseph Emmanuel berkata karnival ini adalah yang julung kalinya diadakan di daerah Bau.

Bertemakan Memperkasakan Pemimpin Belia, pelbagai aktiviti diadakan pada karnival tiga hari ini termasuk temu duga terbuka, selain aktiviti jualan dan pameran, pertandingan ratu cantik, program khidmat masyarakat, zumba, pertandingan bola sepak dan banyak lagi.

Karnival tiga hari itu menurut Joseph. menerima sambutan yang sangat memberangsangkan daripada peserta dan pengunjung dengan kira-kira 10,000 hadir memeriahkannya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.476220 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list