CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4465|Reply: 0

[Borneo] Sarawak bukan tamak, hanya mahukan hak di bawah undang-undang: Premier

[Copy link]
Post time 2-12-2024 02:05 PM | Show all posts |Read mode


Uggah yang mewakili Premier bersalaman dengan tetamu semasa tiba di Pesta Benak di Sri Aman hari ini. - Gambar UKAS

KUCHING: Sarawak bukan tamak tetapi mahu mendapatkan haknya seperti diperuntukkan undang-undang negara.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang sekali lagi menegaskan perkara itu berkata, ia tidak seperti yang dituduh oleh sesetengah pihak.

"Kalau hasil Sarawak bertambah, hasil tersebut akan dikembalikan kepada rakyat untuk membangunkan Sarawak seperti RM1.4 bilion yang diluluskan untuk projek-projek Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA).

"Adakah salah untuk rakyat di Sri Aman membangun seperti kawasan- kasawan lain yang sudah maju? Adakah salah untuk Sarawak membangun seperti negeri-negeri yang sudah maju?

"Rakyat Sarawak hanya mahu Sarawak maju dan dihormati dengan kemampuan untuk menguruskan sumber-sumber asli yang ada dan kita berhak mendapatnya, itu sahaja," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada perasmian Pesta Benak Sri Aman 2024 di Tebingan Sri Aman, hari ini.


Uggah disambut meriah semasa tiba untuk merasmikan Pesta Benak di Sri Aman hari ini. - Gambar UKAS

Justeru, Abang Johari berharap keupayaan Sarawak untuk menguruskan sumber-sumber kekayaannya tidak dipersoalkan.

Sementara itu, beliau berkata SADA telah menyenaraikan 70 projek meliputi semua daerah di Sri Aman dengan anggaran kos yang diluluskan sebanyak RM1.4 bilion.

Katanya, ia melibatkan projek jalan raya, jambatan, jeti, tebatan banjir, saliran air, pusat dan kemudahan pelancongan, pusat kraf tangan, kompleks sukan, tanaman kopi, ternakan ikan dalam sangkar, dan sebagainya.

"Saya yakin dengan peranan agensi-agensi setempat seperti SADA, pembangunan di Sarawak dapat dilakukan dengan lebih cepat dan efektif berbanding kaedah lama yang bersifat 'top-down'," tegas beliau.

Mengenai Pesta Benak, Abang Johari berkata, beliau yakin Pesta Benak Sri Aman yang diadakan setiap tahun sejak tahun 1999 sebagai satu produk pelancongan Sri Aman akan terus menarik pengunjung dan pelancong dari luar Sarawak dan luar Malaysia.

Katanya, ia sebagai salah satu kaedah untuk memperkukuhkan ekonomi setempat di Sri Aman, khususnya di Bandar Simanggang.

"Simanggang melalui Pesta Benak ini telah melakukan yang sebaiknya untuk mengangkat ekonomi Sri Aman, selain usaha-usaha lain seperti pembangunan infrastruktur, khususnya di bawah SADA," ujarnya.

Beliau berkata, SADA di bawah kepimpinan Datuk Seri Rohani Abdul Karim adalah antara beberapa agensi yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk merancang pembangunan di peringkat bawah, bukan di peringkat atas.


Uggah (lima kiri) bersama tetamu jemputan lain melakukan simbolik perasmian Pesta Benak. - Gambar UKAS


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.111498 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list