CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8609|Reply: 0

[Sarawak] CCGT Miri sampaikan tenaga bersih, cekap kepada grid Sarawak: Premier

[Copy link]
Post time 2-12-2024 02:48 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari disaksikan tetamu kehormat lain melakukan simbolik perasmian untuk tayangan video pada majlis pecah tanah CCGT Miri, hari ini.

MIRI: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) meraikan detik penting dalam pembekalan tenaga Sarawak dengan majlis pecah tanah Loji Tenaga Turbin Gas Kitaran Gabungan (CCGT) di Lutong, hari ini.

Majlis disempurnakan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dengan pelaburan kira-kira RM2 bilion, stesen jana kuasa 500 megawatt (MW) itu akan menggunakan turbin gas termaju dengan penjana stim pemulihan haba dan turbin stim untuk penyampaian tenaga lebih bersih dan cekap kepada rangkaian grid Sarawak.

"Kita menggunakan gas sebagai asas untuk menghasilkan elektrik. Dan hari ini, kita mempunyai teknologi yang lebih maju untuk menghasilkan elektrik," ujarnya.

Beliau mengucap tahniah kepada PETROS kerana dapat menjayakan usaha mereka dalam Pelan Hala Tuju Gas Sarawak (SGR) untuk membekalkan tenaga elektrik kepada penduduk Miri dan utara Sarawak.

"Roadmap (SGR) ini sangat penting bagi kita. Kita mempunyai sumber yang merupakan gas, dan kita proses gas kita yang memberikan nilai ekonomi kepada Sarawak serta rakan strategik kita," jelasnya.

Beliau juga yakin stesen jana kuasa itu yang menggabungkan tenaga hidrogen dan stim untuk menghasilkan elektrik adalah yang pertama di rantau ini.  

Menurut Abang Johari, pelaburan untuk penghasilan tenaga hijau bukan hanya untuk Sarawak, tetapi untuk keperluan global yang termasuk keperluan keseluruhan di Malaysia serta negara jiran.

Beliau berkata, Sarawak menguruskan sumber dengan sebaik-baiknya dengan cara yang inovatif.

"Sebab itu secara perlembagaan, kita mempunyai hak dalam pengedaran gas. Dan kita melantik PETROS sebagai gas agregator tunggal. Dan kita melakukan ini berdasarkan undang-undang.

"Kerana itu, kerajaan Sarawak, kita membangunkan (tenaga) mengikut perundangan dan kita kongsi," jelasnya.

Untuk bahagian lain, Abang Johari memberitahu, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Petronas dan rakan strategik lain untuk mencari sumber gas di Kuching.
Menurutnya, projek sama juga akan dilaksanakan di Bintulu.

Beliau memberitahu, Sarawak mampu menjadi hab pembekalan tenaga bersih di rantau ini yang bukan hanya akan memanfaatkan ekonomi Sarawak tetapi juga ekonomi negara.

Terdahulu, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Dr Julaihi Narawi berkata, CCGT Miri akan meningkatkan infrastruktur tenaga Sarawak dengan ketara, memastikan bekalan kuasa yang lebih bersih dan boleh dipercayai untuk Miri dan seluruh utara Sarawak.

Beliau menambah, loji kuasa itu juga berdiri sebagai simbol komitmen Sarawak terhadap pembangunan mampan.

"Dengan menerima teknologi yang lebih bersih dan memanfaatkan sumber gas asli secara bertanggungjawab, kita bukan sahaja menangani keperluan tenaga hari ini tetapi juga membuka jalan untuk masa depan tenaga yang lebih mampan," jelasnya.

Pengerusi PETROS Tan Sri Datuk Amar Dr Hamid Bugo berkata, projek mewakili era baharu pertumbuhan ekonomi, pembangunan bakat tempatan dan keselamatan tenaga untuk negeri.

Sejak ditubuhkan pada 2017, PETROS telah bertindak untuk memanfaatkan sumber Sarawak untuk kemajuan yang mampan.

Hadir sama, Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.119121 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list