View: 32386|Reply: 10
|
Trump cadang Kanada jadi negeri ke-51 AS di bawah pentadbiran Trudeau
[Copy link]
|
|
MOSCOW: Presiden terpilih Donald Trump secara berseloroh mencadangkan Kanada akan lebih baik menjadi negeri ke-51 Amerika Syarikat (AS) sekiranya ekonominya tidak dapat bertahan dengan potensi tarif AS ke atas barangan Kanada, lapor Sputnik.
Akhir bulan lalu, Trump berkata beliau akan mengenakan tarif 25 peratus ke atas semua barangan dari Mexico dan Kanada selepas beliau memegang jawatan, dengan alasan masalah pendatang tanpa izin yang belum diselesaikan dan penyeludupan dadah ke AS.
Dalam satu mesyuarat dengan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, minggu lalu, Trump menyatakan Kanada telah mengecewakan AS dengan membenarkan sejumlah besar dadah dan pendatang tanpa izin menyeberangi sempadan serta membiarkan defisit perdagangan antara kedua-dua negara mencecah lebih AS$100 bilion, lapor Fox News.
Trudeau berkata tarif sedemikian akan merosakkan ekonomi Kanada, kata sumber sambil menambah bahawa Trump kemudian mencadangkan jika Kanada tidak dapat menangani masalah ekonominya, negara itu harus menjadi negeri ke-51 Amerika Syarikat dengan Trudeau sebagai gabenornya. Tindak balas itu dilaporkan mencetuskan "ketawa dalam cemas'' daripada pihak Kanada.
Media AS dan Kanada melaporkan bahawa Trudeau tiba di Florida pada Jumaat lepas dalam satu lawatan yang tidak diumumkan untuk bertemu dengan Trump di kediamannya di Mar-a-Lago.
Perdana Menteri Kanada dilaporkan merancang untuk membincangkan dengan Trump kemungkinan pengenalan tarif ke atas barangan dari Kanada oleh pentadbiran AS yang akan datang, serta isu-isu migrasi.
Trump berkata mesyuarat tiga jam beliau dengan Trudeau adalah "sangat produktif." CBC News melaporkan bahawa Trudeau berjanji semasa mesyuarat itu bahawa Ottawa akan memperketatkan keselamatan di sepanjang sempadan kedua-dua negara. – BERNAMA-SPUTNIK
Sumber – Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Jika Trump sukses ambil alih Canada ... mungkin Indonesia harus meniru langkah-langkah Trump tersebut untuk kembali mempersatukan nusantara..
Tahap 1 ... Sabah, Brunei dan Sarawak + Timor Timur
Tahap 2 ... PNG dan Palau
Tahap 3 .... Philipina
SEdangkan Tanah Melayu Semenanjung X menarik sama sekali karena majority populasi di sana (utamanya melayu) susah diajak maju karena mereka selalu larut dalam dunia ilusi dan halunisasi.yang x masuk akal... |
|
|
|
|
|
|
|
nusaraya replied at 3-12-2024 09:26 AM
Jika Trump sukses ambil alih Canada ... mungkin Indonesia harus meniru langkah-langkah Trump tersebu ...
Siapa kata malaysia tidak maju... Ko tanya acik forum... depa jadi middleman trade war amerika-china.... Economy depa no 1... Ko saja tidak nampak dalam world ranking... support economy adik china ganti kan untuk US market.. |
|
|
|
|
|
|
|
saya belum berkesempatan membaca tentang hal berkaitan tarif ini sebab sedang sibuk cari tahu hal rumah tangga orang |
|
|
|
|
|
|
|
angan2 itu percuma. k bye |
|
|
|
|
|
|
|
nusaraya replied at 3-12-2024 05:26 PM
Jika Trump sukses ambil alih Canada ... mungkin Indonesia harus meniru langkah-langkah Trump tersebu ...
Singapura?
Kenapa sabah dan sarawak nak join indonesia.. baik jadi satu negara independent mcm brunei.. tak perlu share hasil kekayaan negara kpd negara yg masih mundur. |
|
|
|
|
|
|
|
Tinggi mimpi mu konoha... |
|
|
|
|
|
|
|
nusaraya: Jika Trump sukses ambil alih C ...
Halunisasi?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|