Edited by tari at 4-12-2024 10:46 AM
SKUNK haiwan yang mesra dengan kanak-kanak.
"Haiwan ini jika ingin melindungi dirinya akan mengeluarkan kentut yang amat busuk. Perkara ini sangat dikhuatiri mereka yang ingin menjadikannya sebagai haiwan kesayangan," jelas pemilik skunk itu kepada penulis.
Bagi Alim Jefferi Abdullah Aziz, 39, dia memiliki sepasang skunk sejak empat tahun lalu yang dibeli daripada pengimport tempatan pada harga RM4,500 setiap satu.
Namun, kini dia hanya memiliki seekor sahaja memandangkan skunk betina miliknya mati pada Mei lalu.
Katanya, skunk adalah haiwan mamalia yang cukup unik dan manja menyebabkan dia tertarik untuk memilikinya sebagai haiwan kesayangan. Apatah lagi, gelagat yang dipamerkan haiwan itu menerusi sosial media sebelum itu menjadikan Alim Jeffri tidak sabar untuk mempunyai haiwan berkenaan.
Berkongsi pengalaman mengenai skunk, Alim Jeffri berkata, ia antara haiwan kesayangan yang begitu mudah untuk dijaga dan diuruskan dari segi penjagaan dan diet.
Katanya, dari segi penjagaan, haiwan itu disimpan dalam sangkar yang sesuai dengan saiznya seperti sangkar untuk kucing tetapi lebih luas jika ia mempunyai saiz yang dewasa.
"Skunk ini sebenarnya lebih banyak tidur berbanding aktif. Haiwan ini boleh tidur hampir 20 jam sehari jika kita tidak bermain dengannya. Jadi, kehidupannya agak pasif.
"Haiwan ini juga mesra dengan manusia kerana ia tidak menyerang dan hanya duduk diam jika kita mendukung atau membelainya. Pada saya ia adalah haiwan yang cukup manja," katanya.
JAGUNG antara makanan yang diberikan kepada skunk milik Alim Jeffri. SKUNK adalah haiwan yang gemar tidur dalam jangka masa panjang.
|