CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45246|Reply: 0

Panduan bela haiwan

[Copy link]
Post time 12-12-2024 05:55 PM | Show all posts |Read mode

PILIH haiwan kesayangan sama gaya hidup anda, - FOTO Pexels

Membawa haiwan peliharaan baharu ke dalam kehidupan adalah ialah satu pengalaman yang menarik.

Bagaimanapun, penting untuk anda memilih haiwan kesayangan yang sesuai dengan gaya hidup dan dapat memenuhi keperluan kedua-duanya.

Pemilihan haiwan kesayangan yang tepat boleh membuatkan seseorang itu bertambah ceria dan gembira.

Garis panduan berikut dilihat dapat membantu dalam membuat pemilihan haiwan kesayangan yang betul bagi mewujudkan hubungan harmoni antara kedua-duanya.

Haiwan peliharaan memerlukan masa, perhatian dan penjagaan.

Ini kerana ada sesetengah haiwan peliharaan memerlukan perhatian lebih termasuk untuk bermanja dan bermain bersama pemiliknya.

Sebaliknya kucing atau ikan lebih berdikari dan hanya diberikan perhatian yang minimun.

Fikirkan berapa banyak masa yang boleh diluangkan untuk mendandan, latihan dan senaman bagi menentukan jenis haiwan kesayangan yang sesuai dengan rutin harian anda.

2. Ruang dan rumah

Anda perlu mengambil kira ruang di dalam rumah atau apartmen. Ini kerana haiwan peliharaan yang besar memerlukan ruang lebih luas.

Manakala haiwan seperti kucing dan hamster pula boleh ditempatkan di ruang kecil.

Keadaan rumah perlu bersesuaian dengan haiwan peliharaan untuk keselesaan dan memudahkan pergerakannya.

PERLU menyediakan ruang sesuai untuk haiwan peliharaan. - FOTO pexels
SETIAP haiwan mempunyai keperluan berbeza. - FOTO Pexels
3. Alahan

Perkara ini perlu diberikan perhatian kerana ada ahli keluarga sensitif terhadap bulu haiwan peliharaan yang menyebabkan alahan.

Kesan alahan boleh menyebabkan gejala bersin, mata gatal hidung berair, kesukaran bernafas dan bengkak kulit.

Jika mempunyai masalah seperti ini, alternatif haiwan peliharaan yang sesuai ialah ikan.

4. Tahap tenaga dan aktiviti

Setiap haiwan peliharaan mempunyai tahap tenaga dan keperluan senaman yang berbeza.

Mereka yang kurang aktif mungkin lebih sesuai memelihara kucing atau hamster.

Tahap tenaga yang sama antara pemilik dengan haiwan peliharaan menjadi hubungan kedua-duanya lebih menyeronokkan.

5. Jangka hayat

Anda juga harus Mengambil kira jangka hayat haiwan kesayangan yang disukai.

Sesetengah haiwan peliharaan seperti burung atau reptilia, boleh hidup selama beberapa dekad.

Manakala yang lain seperti ikan hiasan mempunyai jangka hayat lebih pendek.

Oleh itu, perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan dan bertanggungjawab menjaga haiwan peliharaan sepanjang hayatnya.

6. Mempertimbangkan kewangan

Tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan bukan sahaja daripada segi kebajikan tetap juga kewangan.

Perlu mengambil kira kos makanan, rawatan, dandanan, barang mainan dan keperluan lain.

Setiap haiwan peliharaan mempunyai keperluan dan kehendak berbeza.

Oleh itu, perlu memastikan anda boleh menyediakan semua keperluan haiwan kesayangan mengikut bajet.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 1.667251 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list