CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20113|Reply: 0

'Pacman' kesayanganku

[Copy link]
Post time 18-12-2024 07:07 AM | Show all posts |Read mode

TARIKAN katak Pacman ialah warna dan corak tompok pada kulitnya.

TEKSTURNYA yang 'lembik,' licin dan lembap membuatkan ramai 'geli' serta gerun dengan katak.

Bagaimanapun, spesies amfibia ini dipelihara dan disayangi seperti haiwan peliharaan lain.

Menurut pemelihara amfibia yang turut mengusahakan zoo mini bergerak Thirty One Exotics, Ahmad Hafizi Ahmad Zaini, peminat katak didominasi kanak-kanak dan wanita.

"Tanggapan katak 'menggelikan' mungkin tidak terpakai untuk peminat amfibia yang kebanyakan adalah wanita dan kanak-kanak.

"Meskipun ciri-ciri lembik, lembap dan licin boleh mendatangkan ketakutan pada haiwan itu, tetapi dalam kes pemilik yang membeli atau ada koleksi amfibia ialah kanak-kanak dan wanita.

"Trend menggemari katak bermula apabila pembekal haiwan eksotik memperkenalkan variasi Pacman.

"Pacman sebalik warnanya yang menonjol dan ada corak bertompok seolah-olah memberi visual polka dot, nampak comel dengan karakter suka menepek.

"Tabiat Pacman sebenarnya antara katak agresif dan di habitat asalnya, ia menyorok di bawah tanah lembap.

"Apa saja yang lalu atau melintas di depannya dilihat sebagai mangsa dan ia akan menelan terus," katanya.

Beliau berkata, sisi comel tidak menggambarkan karakter haiwan ini boleh bermain atau dipegang sewenang-wenangnya.

"Kalau spesies katak yang jinak, saya lebih suka sarankan peminat spesies katak memelihara katak pokok atau Dumpy Tree Frog.

"Spesies katak ini melekat pada pokok dan lebih sesuai untuk dipegang atau dibelai.

"Rupanya juga comel dan katak ini bukan sebarangan menyerang dengan menghendap mangsa.

"Saya menggunakan penyepit untuk menyuap katak ini dan kaedah terbabit lebih selamat memulakan hubungan antara haiwan peliharaan serta pemiliknya," katanya.

Beliau juga menyarankan pemilik yang mahu memelihara supaya menjalankan kaji selidik. Ia supaya haiwan peliharaan itu dijaga dengan baik selain menjadi pemilik lebih beretika.

"Seperti haiwan peliharaan lain, amfibia masih perlu penjagaan yang betul mengelak ia sakit dan mati.

"Berbanding haiwan eksotik lain, penjagaan katak lebih mudah dan kos juga lebih ekonomi.

"Pengalaman saya pernah ada enam spesies termasuk Budget Frog iaitu spesies katak dalam air dan Giant Toad, katak antara haiwan mudah dijaga.

"Dua pantang larang memelihara katak ialah perlu pastikan diet yang betul selain tidak terlebih makan.

"Keduanya ialah tempat tinggal atau kotak simpanan katak dalam keadaan bersih. Katak sebenarnya tidak boleh tinggal dalam akuarium air yang terlalu dalam.

"Ia sebenarnya hanya menyerap lembapan dan bukan tinggal dalam air. Kalau sumber air itu kotor, katak mudah terkena jangkitan kuman dan mati," katanya.

Jangka hayat katak boleh mencapai sehingga 20 tahun bagi jenis katak pokok dan 10 tahun bagi Pacman.

"Dalam kes katak, betina jauh lebih besar dan ia boleh membesar sehingga 15 sentimeter (cm).

"Saiz jantan pula sekitar 10 hingga 11cm. Dalam kes katak Pacman tidak boleh duduk dalam satu kotak sama kerana ada kemungkinan dimakan katak lebih besar," katanya.

Bagi kotak simpanan katak Pacman, Ahmad Hafizi berkata, kotak jernih dengan span nipis dan sedikit air sudah memadai.

Manakala untuk katak Dumpy Tree Frog, ia perlu ada kayu atau dahan untuk katak itu bertenggek.

"Satu lagi cabaran bagi pemilik katak ialah dalam kes membiak baka. Katak membiak dalam musim tertentu dan untuk pemilik wujudkan suasana itu perlu ada alat khas.

"Kena ada bunyi air menitis seperti hujan, sistem bunyi, kawalan suhu dan banyak lagi. Ia sangat kompleks bagi pemilik eksotik yang biasa," katanya.

Beliau berkata, orang ramai juga perlu bezakan ciri-ciri antara katak dengan kodok.

"Ramai juga kurang jelas mengenai ciri-ciri kodok dan katak yang mana kodok merujuk spesies amfibia lebih menggerutu dan tekstur kulit kering berbanding katak. Potongan depan muka kodok juga biasanya lebih tirus.

"Cara kodok menyerang mangsa dengan menggunakan lidah. Sementara katak pula lebih licin dan lembap selain potongan mukanya lebih membulat," katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.839391 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list