CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30480|Reply: 0

[Johor] Pasangan kekasih miliki 14 kg dadah bernilai RM2.4 juta dicekup

[Copy link]
Post time 1-1-2025 09:27 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar menunjukkan antara rampasan dadah yang dimiliki pasangan kekasih itu. FOTO Mary Victoria Dass

Johor Bahru: Polis menahan pasangan kekasih yang aktif mengedar dadah menggunakan kereta milik ahli keluarga serta merampas lebih 14 kilogram dadah membabitkan nilai lebih RM2.4 juta pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, pada jam 12.30 tengah malam hingga 4.30 pagi pada 28 Disember lalu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Iskandar Puteri melancarkan operasi khas membabitkan dua serbuan di kawasan Iskandar Puteri dan Johor Bahru.

Beliau berkata, dalam serbuan itu sepasang kekasih berusia 31 tahun dan 33 tahun ditahan di tempat letak kereta di Mutiara Rini, Iskandar Puteri di sini bersama dadah.

Menurutnya, hasil saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis ketamin dan benzodiapines dan mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

"Modus operandi sindiket ini menggunakan kenderaan sebagai stor penyimpanan dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

"Mereka dipercayai aktif beroperasi sejak Oktober lalu," katanya di sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil soal siasat pasangan berkenaan, polis melakukan serbuan kedua di sebuah rumah di Taman Ungku Tun Aminah terletak kira-kira lima kilometer dari lokasi mereka ditahan.

Menurutnya, menerusi kedua-dua serbuan, polis berjaya merampas 14,401 gram(g) serbuk ekstasi bernilai RM2,405,102; 24.58g ketamin (RM4,916); 2.75g syabu (RM302) dan 19.48g pil ekstasi (RM2,550). serta kebanyakannya didapati dibungkus semula mengikut kehendak pasaran.

"Dadah berkenaan dipercayai bagi pasaran tempatan dan boleh digunakan seramai 72,195 penagih.

"Malah polis juga menyita barang kemas bernilai RM15,573 selain mata wang Thailand 2,170 baht (RM284).

"Suspek direman selama tujuh hari bermula 28 Disember sehingga 3 Januari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup selain sebatan," katanya.


Disiarkan pada: Januari 1, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.043460 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list