CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31701|Reply: 0

[Johor] Dugaan berat dua beradik hadapi SPM, STPM

[Copy link]
Post time 4-1-2025 08:31 PM | Show all posts |Read mode

AZNAN (kiri) menziarahi dua beradik calon STPM dan SPM yang diuji dengan kebakaran rumah di Jalan Ubi, Kampung Sri Jaya, Johor Bahru. FOTO Izz Laily Hussein.

Johor Bahru: Dua beradik yang juga calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya mampu mengumpul seberapa banyak bahan ulang kaji daripada rakan selepas rumah mereka terbakar, malam tadi.

Kebakaran pada 9 malam di Jalan Ubi, Kampung Sri Jaya, di sini menyebabkan semua buku, nota dan peralatan peperiksaan milik Mohamad Akmal Muqri Mohamad Farok, 20, dan adiknya, Mohamad Lutfi Muqri, 18, hangus.

Mohamad Lutfi Muqri yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Uda Utama berkata, dia terpaksa mendapatkan bahan bacaan daripada rakan untuk membuat ulang kaji terakhir.

Katanya, bukan sahaja buku dan alat tulis, dokumen penting bagi menduduki peperiksaan SPM termasuk kad pengenalannya turut musnah.

"Saya sedih apabila kejadian ini berlaku kerana saya perlu ulang kaji untuk SPM. Daripada tahun lalu saya sudah mula belajar dan fokus untuk SPM, tetapi semua bahan sudah terbakar.

"Saya menunggang motosikal untuk ke pusat peperiksaan tetapi masalahnya kunci juga sudah terbakar," katanya ketika ditemui hari ini.

Menurutnya, walau sedih dan agak terganggu dengan musibah itu, dia akan tetap berusaha memastikan baki peperiksaan untuk tujuh lagi subjek diduduki sebaik mungkin.

Sementara itu, abangnya yang menuntut di SMK Aminuddin Baki pula sebak dugaan berlaku ketika peperiksaan menjelang Isnin ini.

"Saya tak pasti macam mana nak lalui, cuma saya akan cuba sedaya upaya. Sebak rasa, apa yang saya usahakan selama ini macam sijil, barang belajar seperti komputer riba, alat tulis, malah kalkulator yang saya pinjam kawan pun terbakar sekali.

"Lepas kejadian malam tadi lagi, sebenarnya saya sudah minta kawan-kawan pinjamkan buku-buku untuk saya buat ulang kaji. Sekarang perlu mula buat nota semula," katanya yang juga anak kedua dari tiga beradik.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin hadir menziarahi dua beradik itu dan keluarganya di lokasi kejadian, yang turut disertai Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Mohd Hanafi Samad.

Katanya, ia musibah pertama membabitkan calon SPM negeri itu dan pihaknya serta Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) bersetuju menyediakan semua kelengkapan seperti pakaian dan alat tulis kepada dua beradik itu menghadapi peperiksaan penting.

"Untuk kad pengenalan, laporan polis sudah dibuat, kita uruskan supaya dokumen daripada polis boleh digunakan untuk peperiksaan ini," katanya.

Aznan berkata, bantuan dari segi bimbingan kaunseling juga akan diberikan oleh guru dua beradik itu supaya mereka tidak rasa tertekan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin,Timbalan Penguasa Bomba I Mohd Suhaimi Jamal berkata, pihaknya menerima maklumat kebakaran itu pada 10 malam dan 17 anggota digerakkan ke lokasi bagi melakukan operasi pemadaman.

Menurutnya, empat rumah musnah kira-kira 60 peratus dan operasi tamat pada 12.09 tengah malam.


Disiarkan pada: Januari 4, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.164270 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list